Kisah sedih! “Semua dah habis!” – Suami isteri terkejut akaun dalam Tabung Haji hanya tinggal RM25

Kisah sedih! “Semua dah habis!” – Suami isteri terkejut akaun dalam Tabung Haji hanya tinggal RM25

 

So… Semalam pergi tabung haji… Dan ada satu cerita sedih berlaku.

Satu couple tua ni mungkin nak buat transaction akaun th diorang… Pakcik tunggu dekat aku… Makcik pergi kaunter… Tiba2 makcik panggil pakcik… We can hear her (and the rest of the tragedy) because it was obviously quiet there…

Makcik : Bang… Takder dah… Semua dah habis!
Pakcik : Macam mana boleh takde? (jalan slowly ke kaunter)
Staff : Ada perpindahan online.
Pakcik : Tapi saya tak pandai pakai telepon. Online online ni. Mana boleh orang keluarkan duit kami.
Staff : Nombor telefon ni.
Makcik : Saya punya…
Staff : Password…
Makcik : Saya tak pandai ni… Password ni pun agaknya anak makcik yang buat…
Staff : (Sebut perpindahan akaun yang dibuat berkali-kali sejak January hingga Ogos) ni dibuat ke akaun th nama **** siapa ni?
Makcik : Ni akaun tabung haji anak saya…
Staff : duit pakcik makcik transfer pada akaun ni… yang boleh keluarkan rm25…

Boleh dengar pin jatuh weih… Semua yang ada situ dah dapat tangkap apa jadi. 😢 Astaghfirullahalaziim… Aku tak tahu back story.. Mereka dah ke haji ke belum… Nak keluarkan duit ker apa… Tapi mereka tak tahu pun duit simpanan mereka telah dikeluar kan (transfer masuk akaun anak).

Pakcik tu duduk sebelah aku sementara tunggu. Staff masih terangkan pada makcik yang nombor tac semua akan diberikan kalau ada transaksi, malah dicari message2, tapi tak dijumpai… Dah delete…

Pakcik dan aku tak sengaja bertemu mata. Kesiannya… Aku ucap takziah kat pakcik. “Maaf pakcik, kami semua dengar apa yang berlaku” air mata aku dah menitik dah… Sedih sangat… Pakcik geleng kepala. Urut dada. “Saya tak sangka… Kalau saya nangis… Luluh hati saya… Saya tahan…”

Ramai juga bersimpati pada pasangan tua ni. Makcik masa nak sign document cakap (kami yang ada kat th dengar) “Saya tak percaya… Tangan saya menggigil” ramai yang tunduk… Staffs th yang ada pun boleh nampak mereka pun sangat sayu. Mereka tolong block perpindahan online. Balik tu pakcik tu ucap terima kasih yang bersimpati pada dia dan isteri. Isteri dia dapat kan pakcik tu.. Dia cakap “sampai hati anak kami buat orang tua dia macam ni” sambil pergi…

Man oh man… Aku pulak duk terkesat air mata dengan bucu tudung…

Staff th beritahu kalau warga emas tak Internet savvy. Mereka takkan perkenalkan pun kaedah thijari ni. Dia pun tergeleng2 kepala…sayu dan sedih…

Sampai sekarang aku duk pikir couple tua semalam. Aku doakan mereka diberikan rezeki yang lebih baik. Diberikan ketenangan hati dan semoga kemelut yang telah berlaku ni dipermudahkan. Hopefully anak dia tidaklah menggunakan wang simpanan haji mak ayah dia, dan pulangkannya semula. Aamiin.

Sumber: Isis Persona