“Jika hidupku akhirnya di jeriji besi, rotan & digantung tali? Aku pasrah…” – Kim Seri

“Jika hidupku akhirnya di jeriji besi, rotan & digantung tali? Aku pasrah…” – Kim Seri

 

“Jika hidupku akhirnya di jeriji besi, rotan & digantung tali? Aku pasrah…” – Kim Seri

Pempengaruh yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri reda sekiranya kehidupannya bakal berakhir di penjara berhubung kontroversi yang melanda dirinya berkaitan bayaran tertunggak pelanggan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina berkata sudah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalahnya namun, masih gagal untuk mencari jalan keluar.

“Ia bukan lagi tentang rasa tenang dan takut. Sekarang tentang reda dan pasrah.

“Setelah segala percubaan dalam menemukan jalan, ia masih didatangkan dengan pelbagai halangan. 

“Jika hidupku akhirnya di jeriji besi? Jika jalanku nanti bawanya dengan rotan dan digantung tali? Aku pasrah,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Instagram.

Dia percaya dan yakin Allah sahaja yang mengetahui usahanya sebagai seorang ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata sepanjang mengharungi kehidupan yang kian mencabar.

Kim Seri reda

“Allah tahu sakit lelahku dan Allah tentu tahu aku telah habis berjuang dalam hidup ini yang kejam buat seorang perempuan yang sendirian,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Kim Seri turut mendakwa tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan restorannya di Korea Selatan selepas dihalau oleh pemilik asal, hari ini.

Allah tahu siapa yang berusaha keras mendapatkan kedai ini dulu dari pemilik.

“Berbulan mendraft rangka dan hias, hari ini kita ‘dihalau’ secara tiba-tiba. Kejamnya dunia perniagaan, selamat datang ke dunia muka-muka,” tambahnya.

Bagaimanapun, dia menerima ujian tersebut dengan hati terbuka meski terpaksa meninggalkan perniagaan KimSeri Restaurant yang telah diusahakan sejak Jun 2023.

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi bualan hangat ramai apabila dia dituduh sebagai ‘scammer’ selepas gagal membayar hutang tertunggak yang mengambil pakej percutian di bawah syarikatnya.

Pun begitu, Kim Seri memohon maaf secara terbuka dan memberi jaminan kepada pelanggannya untuk melunaskan bayaran tertunggak tersebut dalam tempoh dua bulan.