Pempengaruh didakwa berbaik dengan suami 64 tahun sebab nak ‘kikis duit’

Pempengaruh didakwa berbaik dengan suami 64 tahun sebab nak ‘kikis duit’

 

Pempengaruh didakwa berbaik dengan suami 64 tahun sebab nak ‘kikis duit’

Pempengaruh media sosial, Nashkay tampil memberikan respon terhadap dakwaan seorang individu yang melabelnya sebagai ‘kaki kikis’ susulan hubungannya dengan suami yang kini telah kembali jernih.

Sebelum ini, Nashkay pernah membuat dakwaan serius terhadap suaminya, termasuklah tuduhan curang dan melakukan gangguan seksual terhadap adik kandungnya sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nashkay atau nama lengkapnya Siti Nur Nashrah menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas kerana dirinya juga bekerja keras dan mempunyai jadual kerja yang padat.

Nak kata saya kikis duit, jadual pun penuh dengan kerja.

Tambahnya lagi, mengikut Islam, sebagai seorang isteri, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan rezeki yang diberikan oleh suami.

Tapi kenapa tak boleh guna duit suami?

Mungkin dia bukan Islam kot. Kalau Islam, dia tahu isteri memang boleh guna duit suami. 

Suami yang kena bayar rumah, bagi anak-anak makan. Saya pun tak tahu lah apa maksud awak.

Nashkay juga mengakui tidak pasti apa motif individu terbabit membuat tuduhan sebegitu, namun berharap masyarakat lebih memahami tanggungjawab sebenar suami isteri dalam rumah tangga mengikut ajaran agama.

@nashkaylaksam

Replying to @Muhammad Zikri

♬ original sound – Kelana61 – Kelana61

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mempertahankan Nashkay dan menyokong kenyataannya.

Mereka turut menasihati pempengaruh itu supaya tidak melayan komen-komen negatif yang boleh menjejaskan emosi dan semangat.