Dah macam YB! Khairul Aming dipuji turun padang bantu mangsa banjir
Dah macam YB! Khairul Aming dipuji turun padang bantu mangsa banjir
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming, berjaya mengumpulkan 12 kenderaan pacuan empat roda (4×4) beserta muatan untuk misi bantuan banjir di Pasir Mas, Kelantan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul Aming dan pasukannya menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk makanan, pakaian, dan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Tidak terhenti di situ, beliau juga mengambil inisiatif memasak 1,000 pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir pada hari ini.
Lebih menyentuh hati, Khairul Aming turut menyediakan makanan untuk kucing-kucing terbiar di kawasan yang dilanda bencana.
@khairulaming Semalam dalam masa 2 jam kita berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir kat Pasir Mas. Terima kasih kepada semua volunteers yang datang derma barang keperluan. Kita supply ke dua buah sekolah. Ada nasi, pakaian, pad, ubat, diapers, makanan kucing, selimut & macam-macam lagi. Hari ni kita akan go bigger. Kilang KA akan bawa beribu dendeng yang dah retort, and kita juga akan sediakan nasi dan barang keperluan penuh satu lori besar untuk hari ini. Volunteers jemput datang untuk sumbang tenaga dan barang keperluan. Details ada kat tweet di bawah. Thank you guyss!
Usaha murni Khairul Aming ini mendapat pujian ramai dan menjadi inspirasi kepada masyarakat. Rata-rata netizen memuji usaha murninya.
“Terbaik Khairul Aming dan pasukan 4×4. Memudahkan urusan mangsa banjir,” ujar Ayohteh.
“Dia bukan YB tapi melebihi usaha seorang YB. Tahniah Khairul Aming, anda memang terbaik! teruskan usaha murni anda,” tulis Ezas.
“Terbaik Khairul Aming dan semua yang turut menyumbang dan bersusah payah menolong,” kata Scopiyo.