Khairul Aming tutup kilang bawa 100 orang staf beli baju raya & beri bonus ‘berkepuk’

Khairul Aming tutup kilang bawa 100 orang staf beli baju raya & beri bonus ‘berkepuk’

 

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tutup kilang raikan staf dengan membawa mereka membeli kelengkapan hari raya untuk diri sendiri dan keluarga.

Menerusi perkongsian Khairul Aming di media sosial, seramai 100 staf dari kedua-dua buah kilang Nyet miliknya telah dibawa membeli baju raya serta kelengkapan yang lain termasuklah barangan dapur.

@khairulaming

Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Mereka turut diberi bonus raya dan cuti selama seminggu untuk menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan sebelum merancang untuk pergi bercuti bersama semua staf.

Khairul Aming turut membawa mereka berbuka puasa di hotel bagi menikamti buffet Ramadan bersama-sama sebelum bercuti panjang.

Dalam pada itu, bonus raya yang diberikan usahawan itu turut mencuri perhatian apabila masing-masing menunjukkan sampul duit dengan wang tunai berkepuk-kepuk di dalamnya.

Sudah pasti momen tersebut menarik perhatian ramai kerana dapat menjangkakan jumlah tersebut cukup banyak dan sudah tentu menggembirakan para staf yang telah bertungkus-lumus bekerja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berasa ‘cemburu’ melihat keberuntungan staf di dua buah kilang milik usahawan itu kerana mendapat majikan yang cukup pemurah.

Ada juga yang berseloroh bertanyakan kerja kosong di kilang pempengaruh tersebut kerana ingin merasai sendiri keuntungan berkhidmat di sana.

Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar rezeki Khairul Aming terus dipermudah dan menjadi seorang yang pemurah agar dapat membantu lebih ramai orang.

 

Khairul Aming tutup kilang

Khairul Aming tutup kilang