“Apakah di Indo kureng?” – Netizen Indonesia tak puas hati Khabib hanya ‘post’ gambar di Malaysia

“Apakah di Indo kureng?” – Netizen Indonesia tak puas hati Khabib hanya ‘post’ gambar di Malaysia

 

Petinju terhandal dunia, Khabib Nurmagomedov sudah pun tiba ke Malaysia sejak hari Isnin lalu. Dia datang ke mari bagi memenuhi jemputan ke acara anjuran Faith Events di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Memandangkan lawatan kali ini juga merupakan kali pertamanya datang ke Malaysia, dia turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di hadapan menara berkembar Petronas dan beberapa momen lain di sini.

Seperti orang biasa, dia pun memuat naik ke akaun Instagram sebagai memori terindah selepas melawat ke menara ikonik di Kuala Lumpur itu dan aktiviti yang dilakukan di sini.

Bagaimanapun, netizen Indonesia meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan Khabib memuat naik gambar ketika di Kuala Lumpur, Malaysia tetapi tidak pula sewaktu berada di Indonesia sebelum ini.

“Sudah datang ke Indonesia tapi yang dimuat naik ketika di Malaysia. Apa kurangnya Indonesia?”soal seorang netizen dari Indonesia di hantaran Khabib.

Malah, sejumlah netizen seberang turut memenuhi ruangan komen dengan memburukkan Malaysia dan memainkan isu batik sebelum ini dek kerana tidak berpuas hati dengan tindakan khabib itu.

Tidak melatah dengan kutukan itu, netizen Malaysia kekal tenang dan hanya meluahkan rasa kegembiraan kedatangan Khabib yang melawat ke Malaysia.

komen indonesia