Khabib Nurmagomedov dihalau keluar dari pesawat, ini apa yang berlaku sebenarnya
Khabib Nurmagomedov dihalau keluar dari pesawat, ini apa yang berlaku sebenarnya
Bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov telah dihalau keluar dari sebuah pesawat selepas berlaku salah faham mengenai pintu kecemasan dalam satu penerbangan baru-baru ini.
Menurut laporan, insiden itu berlaku dalam sebuah pesawat yang dijadual berlepas dari Las Vegas ke Los Angeles dimana seorang pramugari telah meminta Khabib untuk meninggalkan pesawat.
Salah seorang anak kapal bertanya kepada Khabib mengenai keupayaannya untuk membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan selepas ada penumpang yang tidak yakin dengan Khabib.
Meskipun memberikan kerjasama ketika menjawap soalan, anak kapal masih tidak yakin dengan petarung dari Rusia itu dan menghalau Khabib dari pesawat.
Menerusi laman media sosial miliknya, Khabib Nurmagomedov menceritakan apa yang berlaku ketika kejadian tersebut.
“Pertama sekali, saya perlu menjelaskan bahawa saya terbang bersama Frontier Airlines bukan AlaskaAir.
“Wanita yang datang kepada saya dengan soalan adalah sangat biadap pada permulaan, walaupun saya bercakap Inggeris dengan baik dan boleh memahami segala-galanya dan bersetuju untuk membantu, dia masih berkeras untuk mengeluarkan saya dari tempat duduk saya.
“Apakah sebab disebalik tindakan itu. Adakah kerana kaum, warna kulit atau yang lain, saya tidak pasti. Tetapi selepas 2 minit perbualan, dia menghubungi pihak keselamatan dan saya telah diturunkan dari pesawat.
“Saya melakukan yang terbaik untuk kekal tenang dan menghormati anak kapal seperti yang anda lihat video tersebut. Tetapi anak kapal itu boleh melakukan yang lebih baik pada masa akan datang dan hanya bersikap baik dengan pelanggan,” katanya.