Kereta terbabas masuk semak, tindakan wanita tenangkan diri buat ramai tergelak

Kereta terbabas masuk semak, tindakan wanita tenangkan diri buat ramai tergelak

 

Sesiapa sahaja yang terlibat kemalangan, pasti akan berasa buntu, gelisah, tidak tentu arah dan bermacam ragam lagi.

Namun, berbeza pula dengan reaksi wanita ini apabila dia sempat bergurau walaupun baru sahaja terlibat kemalangan kereta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mastura di TikTok, dia menunjukkan kereta Axia putih yang dipandunya telah terbabas ke dalam semak yang berada di bahu jalan.

Tetapi, keretanya itu kelihatan terbabas sedikit jauh dari bahu jalan dan bumper di bahagian depan seperti sedikit renggang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mastura di TikTok, dia menunjukkan kereta Axia putih yang dipandunya telah terbabas ke dalam semak yang berada di bahu jalan.

Tetapi, keretanya itu kelihatan terbabas sedikit jauh dari bahu jalan dan bumper di bahagian depan seperti sedikit renggang.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila cara wanita ini bergurau untuk menenangkan diri selepas terlibat kemalangan.

“Saya tak ada niat pun, memanglah saya kata nak beli kereta Axia baru tapi saya tak kata saya jual awak kan?

“Kenapa hari ni awak tak perform? 8 tahun kita perform sama-sama, drifting. Hari ni kenapa awak tak perform. Kenapa hari ni kita ke dalam semak? Ini bukan jalan yang sebenar nak pergi kerja my baby.

“Ini bukan jalan sebenar, kita dah sesat” katanya.

@masturamk

Setelah 8 tahun always selamat, this time man down. But still bersyukur, Allah lindung, Allah jaga . Alhamdulillah.

♬ original sound – Mastura Mk – Mastura Mk

Dalam pada dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan, dia juga sempat mengucapkan kata-kata maaf kepada semak samun yang telah ‘rosak’ disebabkan kemalangan itu.

Menerusi video berasingan, wanita itu menjelaskan dia sebenarnya dari arah yang bertentangan dan mahu mengelak dari sesuatu benda ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke dalam semak.

Dia turut menafikan memandu pada kelajuan 130km/j sehingga menyebabkan keretanya ‘terbang’ memasuki kawasan semak tersebut.

Jelasnya, dia sering berulang-alik menggunakan jalan tersebut sepanjang 4 tahun bekerja dan membawa kereta pada kelajuan 80-100km/j, namun selekoh tersebut antara kawasan yang mana dia akan kurangkan kelajuan.

Namun ketika kejadian itu mungkin dia terleka dan secara mengejut dia tertekan pedal minyak sehingga terjadi insiden tersebut.

@masturamk

Replying to @AidilBMTH saya tak setuju dgn apa abang cakap, saya rasa lebih 130kmh waktu terbang tu😅 gurauu bang gurauuuu

♬ original sound – Mastura Mk – Mastura Mk

Ujarnya lagi, dia sebenarnya turut berasa takut sewaktu kejadian tetapi video yang mendapat perhatian ramai itu dikongsikan ketika dia sudah bertenang.