Adik ipar terlanjur dengan kakak ipar hingga hamil hanya kerana secawan kopi

Adik ipar terlanjur dengan kakak ipar hingga hamil hanya kerana secawan kopi

 

Adik ipar terlanjur dengan kakak ipar hingga hamil hanya kerana secawan kopi

Kemesraan kakak ipar yang didakwa tiada batas menjadi mimpi ngeri setelah telanjur hamil ‘benih’ adik ipar.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu berkongsi kisah seorang kakak ipar yang melengkapi kehendak adik ipar apabila berkumpul di kampung.

Ujarnya, isteri kepada adik ipar terbabit tidak memberikan layanan yang sama.

Adik ipar lelaki curang dengan kakak ipar. Hanya kerana secawan kopi dan kemesraan tanpa batas sampai terlanjur hingga mengandung.

Isteri kepada adik ipar tidak melayannya sama macam kakak ipar.

Kakak ipar selalu tanya nak makan apa dan bancuhkan air.

Berkongsi lebih lanjut, suami kepada kakak ipar terbabit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam rumah tangga.

Suami tiada masalah. Nafkah okay, tak mandul dan bertanggungjawab.

Difahamkan, si suami berkeputusan untuk melafazkan cerai pada isteri yang berlaku curang dengan adik ipar sendiri.

Ujarnya lagi, keadaan itu membuatkan si suami kecewa dengan rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun hancur begitu sahaja.

Suami ceraikan isteri di mahkamah.

Sedih suami terpaksa lafaz cerai kepada perkahwinan yang sudah hampir 10 tahun dibina hancur kerana kecurangan dengan adik ipar.

Dalam pada itu, individu terbabit sempat menitip pesanan agar meletakkan batas dalam bergaul agar tidak terjadi kes-kes sebegini antara keluarga.