Lelaki bengang ada individu jual ‘kepala’ gas berharga RM377 kepada isteri

Lelaki bengang ada individu jual ‘kepala’ gas berharga RM377 kepada isteri

 

Lelaki bengang ada individu jual ‘kepala’ gas berharga RM377 kepada isteri

Salah satu cara meraih pendapatan adalah dengan melakukan jualan secara langsung di tempat awam. Namun, ada kes di mana barang yang dianggap sekadar pelengkap sahaja dengan harga merapu.

Seorang suami meluahkan rasa bengang dengan tindakan seorang individu daripada sebuah syarikat yang menjual aksesori peralatan gas dengan memanipulasi golongan wanita dan seumpamanya.

Difahamkan isterinya telah membeli kepala gas bersama hos dengan harga RM377 oleh seorang penjual dari syarikat gas.

Dia sangat faham yang mereka hanya melakukan jualan secara langsung tetapi apabila memainkan perasaan dan emosi seseorang lebih-lebih lagi terhadap wanita yang naif dalam memujuk untuk buat pembelian sudah dikira melampau.

“Hangpa menyakinkan bini aku yang kepala gas rumah kami ni bahaya kena tukar demi keselamatan keluarga aku,” kongsinya.

Dia percaya isterinya membuat keputusan dalam keadaan tergopoh-gapah ketika sedang menjaga anak yang ramai di rumah sewaktu kejadian.

Bagi dirinya, si penjual sengaja mengambil kesempatan terhadap situasi isterinya ketika membuat jualan tersebut.

Tambahnya lagi, sudahlah diberi masuk ke dalam rumah, isterinya telah memberikan wang sejumlahRM377 untuk sesuatu yang tidak penting.

Duit sebesar itu boleh digunakan untuk barang keperluan lain berbanding dibelanjakan kepada kepala gas berkenaan.

Selain mempersoalkan tindakan penjual yang tidak bermaruah dengan memanipulasi insan-insan yang naif di luar sana, dia turut risau sudah berapa ramai orang yang sudah menjadi mangsa mereka selama ini.

Susulan itu, dia menghebahkan perkara tersebut agar orang awam lebih cakna dengan prosedur penjual produk sebegini yang kebiasaannya mengambil kesempatan terhadap wanita atau pun warga emas.

Menjengah ke ruangan komentar, ramai individu yang mengecam tindakan penjual sebegini yang sengaja mencari mangsa yang naif untuk menjual barangan ‘sampah’ ini.

Sementara itu, ada sebahagian netizen yang turut berkongsi yang mana orang tua mereka yang sudah terkena dengan penjual sedemikian.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati orang ramai untuk tidak membenarkan seseorang penjual untuk masuk ke rumah bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi serta risau akan keselamatan ahli keluarga.