“Keluarga dah halang jumpa..” – Isteri dibunuh suami di bilik hotel kerana tuntut fasakh

“Keluarga dah halang jumpa..” – Isteri dibunuh suami di bilik hotel kerana tuntut fasakh

Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas mengaku membunuh isteri sendiri di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak.

Dalam kejadian semalam, lelaki yang juga seorang pemandu lori berusia 37 tahun hadir di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang dan memaklumkan telah membunuh isterinya.

Ekoran tragedi menyayat hati ini, tular di media sosial, arwah dikenali sebagai Nisya yang berdepan dengan masalah rumahtangga dan dalam usaha menuntut fasakh dari suaminya.

Di Tik Tok @thehanishopz turut berkongsi kisah Nisya di mana dimaklumkan keluarga dari awal sudah menghalang arwah dari pergi bertemu suaminya di hotel tersebut tetapi arwah tetap pergi bagi menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. Dan ianya berakhir dengan kematian.

Dalam ruangan komen di Tik Tok berkenaan, @thehanishopzmenjawap satu komen berkaitan hal ini.

“Macam mana la di akhir-akhir kehidupan dia ye. Mesti dia takut sangat. Dia jumpa kat hotel tu sebab dia percayakan lelaki tu, suami dia. Tak sangka orang yang di percayai tergamak buat macam nie. Semoga arwah tenang di sana, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & beramal soleh. Kejadian ni dekat dengan tempat kerja lama saya. Sangat-sangat sedih sebab saya pun orang batu gajah.

Di ruangan komen, @thehanishopz · Creator menjawap:-

“Ye betul, arwah mmg takut nak jumpa suami dia tapi smlm xtahu kenapa dia jumpa jugak suami dia. Ahli keluarga dh halang tp dia pergi jumpa jugak .. 😭.

Masa yang sama, @thehanishopz turut memberi penjelasan kepada komen-komen negetif yang datang dari kebanyakan lelaki yang menuduh arwah curang.

Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel Kerana Tuntut Fasakh, “Keluarga Dah Halang Jumpa Suami…”

Jelasnya, berikutan fitnah mengenai kes bunuh di Hotel Royale ini, ia bukan dilakukan oleh polis seperti disebarkan dan juga bukan di depan anak-anak. Malah dirinya ingin memperbetulkan fitnah yang sudah bertebaran.

“Polis tu bekas suami nombor satu.Bukan dia bunuh. Yang bunuh arwah tu suami nombor dua yang bekerja sebagai pemandu lori di Klang. Dengan suami polis ada seorang anak dan dengan suami kedua tiada ada anak.

“Hanya mereka berdua di hotel, tak ada anak. Arwah nak tuntut cerai fasakh tapi suaminya tak beri kerjasama (kenyataan ini dari ibu arwah).

Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel Kerana Tuntut Fasakh, “Keluarga Dah Halang Jumpa Suami…”

Dalam pada itu, menurut @thehanisshopz ini juga arwah sudah memilih kehidupan yang lebih baik sebelum ajalnya menjempur.

“Arwah sudah mula berniqab, rajin pergi masjid mengaji kuliah-kuliah agama, lepas Asar wajib mengaji dan suara merdu. Ada part hafal Quran tanpa tengok Quran pun selain arwah setiap hari akan pergi ke kubur ayahnya kerana rindu.

“Allah menjawab pertanyaannya dan akhirnya kak Nisya ikut menjejak arwah ayah,” katanya yang membuat emoji menangis.

Semoga Allah mengampuni dosanya dan tempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

@mr.shahasin

dalam proses penceraian dah pun, si suami menyerah diri ke balai polis selepas melakukan pembunuhan di royale hotel batu gajah perak #nisyasyakila #schaaqilla7692

♬ Kenangan Indah – CEO HEALING BUDGET