“Kenapa netizen kata saya rosakkan lagu?” – Kelly Azman

“Kenapa netizen kata saya rosakkan lagu?” – Kelly Azman

 

“Kenapa netizen kata saya rosakkan lagu?” – Kelly Azman

Selebriti versatil, Kelly Azman menafikan dirinya sengaja merosakkan karya penyanyi lain susulan tindakannya menyanyikan semula atau ‘cover’ beberapa lagu penyanyi tempatan.

Menyangkal dakwaan tersebut, Kelly atau nama lengkap Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, sebagai penghibur, tidak salah untuknya menggunakan platform yang ada untuk berkarya.

Kongsi Kelly, secara tidak langsung, dia telah membantu mempromosikan karya penyanyi tanah air.

Saya cover lagu beberapa artis tempatan kerana saya merasakan lagu itu menjadi siulan. Saya hanya merancakkan lagu tersebut. Menyanyi memang minat saya.

Jadi inilah cara untuk saya ke depan dengan cara menyanyikan semula lagu penyanyi yang sedang viral.

Saya tidak mencalarkan lagu tersebut, kenapa netizen kata saya merosakkan? Adakah sebab suara saya tak sedap?

Saya mengakui saya bukan penyanyi, saya adalah penghibur. Saya hanya cover dan parodi sahaja lagu penyanyi artis Malaysia.

Tidak berasa serik meskipun menerima kecaman bertalu-talu, Kelly memberitahu ada banyak lagi ‘cover’ bakal diluncurkan sepanjang 2025.

Saya tak serik, tahun 2025 ada 14 buah lagu yang sudah masuk dalam senarai untuk saya cover. Sebulan dua buah lagu.

Setiap anak seni ada cara mereka berkarya, kalau saya sebagai penghibur inilah cara saya berkarya. Ini juga sumber pendapatan saya.

Menurut ohBulan, pelantun lagu ‘No No No’ ini turut mendedahkan kos sebuah video klip mencecah RM5,000.

Anggaran satu video klip, saya berhabis RM5,000. Kos ditanggung sendiri oleh saya. Ini ada usaha saya sendiri. Saya juga mempromosikan lagu-lagu penyanyi tempatan.