Ini nilai bersih kekayaan Khabib Nurmagomedov
Ini nilai bersih kekayaan Khabib Nurmagomedov
Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov, nama yang sinonim dengan dunia seni bela diri campuran (MMA), adalah seorang pejuang yang tidak pernah tewas sepanjang kariernya.
Lahir pada 20 September 1988 di Rusia, Khabib dikenali sebagai bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) dan salah seorang ahli UFC Hall of Fame.
Kehebatan beliau dalam gelanggang menjadikannya salah seorang atlet MMA terbaik sepanjang zaman.
Khabib memiliki latar belakang yang cukup cemerlang dalam seni bela diri seperti sambo, judo dan gusti.
Sebagai juara dunia Combat Sambo sebanyak dua kali, keupayaannya untuk menguasai lawan di atas gelanggang sangat dikagumi.
Ketika bersara pada 2020, Khabib memegang rekod tanpa kalah dengan 29 kemenangan, menjadikan beliau juara lightweight UFC paling lama memegang gelaran, dari 2018 hingga 2020.
Menurut laporan Celebrity Net Worth, nilai kekayaan Khabib Nurmagomedov dianggarkan sebanyak $40 juta (sekitar RM180 juta) pada 2025.
Sebahagian besar kekayaannya diperoleh semasa beraksi di UFC, khususnya selepas perlawanan epik menentang Conor McGregor.
Perlawanan-perlawanan terakhir beliau sebelum bersara juga mencatatkan pendapatan paling tinggi sepanjang kariernya.
Dalam pada itu, pendapatan Khabib tidak hanya bergantung kepada aksi di gelanggang, tetapi juga daripada pelbagai sumber lain, antaranya:
1. Pendapatan Karier: Khabib mengumpul jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak $14.77 juta (sekitar RM65 juta) sepanjang kariernya.
2. Penajaan dan Duta Jenama: Khabib pernah menjadi duta jenama SalamPay pada tahun 2019. Beliau juga ditaja oleh jenama terkenal seperti Toyota, Reebok dan Gorilla Energy.
3. Bayaran Penampilan: Khabib menerima bayaran sebanyak $300,000 (sekitar RM1.35 juta) sehari untuk satu sesi ucapan, menurut pengurusnya.
Selain kejayaan peribadinya, Khabib turut menceburi bidang perniagaan.
Beliau adalah pemilik jenama “The Eagle”, yang meliputi organisasi seni bela diri campuran, Eagle Fighting Championship (EFC).
Organisasi ini mula menganjurkan acara di Amerika Utara pada 2022, mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia MMA global.
Dengan lebih 36.4 juta pengikut di Instagram, Khabib bukan sahaja dianggap sebagai legenda MMA tetapi juga salah seorang figura paling terkenal dari Rusia.
Untuk info, Khabib turut dikenali kerana sumbangannya dalam kerja amal melalui The Good Fight Foundation, yang membantu golongan memerlukan.