Kedai kopi terkenal dikritik naikkan caj perkhidmatan dari 10% kepada 15% sempena CNY
Kedai kopi terkenal dikritik naikkan caj perkhidmatan dari 10% kepada 15% sempena CNY
Sebuah rangkaian kedai kopi terkenal dipercayai telah mengumumkan tentang kenaikan caj perkhidmatan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.
Gambar yang tular di sejumlah platform media sosial memperlihatkan di satu notis yang memaklumkan pelanggan yang mana caj perkhidmatan akan dinaikkan dari 10% ke 15% pada 29 Januari dan 30 Januari iaitu jatuh pada sambutan Tahun Baru Cina.
Malah, didapati kenaikan caj perkhidmatan ini juga tidak termasuk dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.
Pengumuman kenaikan caj servis bersempena Tahun Baru Cina ini sememangnya mengundang kritikan daripada pengguna media sosial yang mana merasakan tidak masuk akal untuk menaikkan caj perkhidmatan sesuka hati ke atas pelanggan demi membayar gaji lebih masa kepada pekerja.
Selain itu, mereka mencadangkan kepada para pemilik kedai yang tidak mampu membayar upah lebih masa, sebaiknya tutup kedai terlebih dahulu atau pun mencari jalan alternatif lain dalam mencari keuntungan tambahan tanpa menaikkan caj perkhidmatan ketika perayaan.
Malah, ramai berpendapat kedai terkenal itu secara logiknya bakal menerima keuntungan yang besar pada perayaan sekaligus boleh memberi pampasan kepada pekerja lebih masa.