Kecewa belum dapat gelaran ‘Hajah’ selepas buat simulasi Haji, gelagat anak Sari Yanti buat ramai terhibur

Kecewa belum dapat gelaran ‘Hajah’ selepas buat simulasi Haji, gelagat anak Sari Yanti buat ramai terhibur

 

Pelakon Sari Yanti kongsi kisah mencuit hati apabila anak perempuannya, Dariya Inara kecewa tidak dapat gelaran Hajah selepas melakukan simulasi ibadah Haji bersama rakan-rakannya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 40 tahun itu di laman Instagramnya, kelihatan Dariya menghadiri program simulasi haji cilik yang merupakan program pendidikan yang direka khas untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berkaitan rukun Islam kelima itu.

Sebaik sahaja program itu selesai, Sari Yanti memberitahu anaknya luah kecewa apabila dia menyangka sudah mendapat gelaran Hajah namun sebaliknya hanya sekadar latihan.

“Alhamdulillah dah jadi Hajjah Dariya. Bila balik tadi dia tanya betul ke dia dah buat Haji, mama kata tu praktis..

“Dia kecewa betul ” u mean all that is fake ??? ” Yes Dariya tu practice je 😅. I thought everyone should already call me Hajjah..!!! Adohaiii, jadi sekarang bukan makcik dah la. Dia Hajjah,” ujarnya.

Sari Yanti

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu ini berharap cita-cita anaknya untuk menunaikan haji sekali gus mendapat bergelar Hajah termakbul suatu hari nanti.

“Semoga Allah swt kabulkan cita citamu Anakku. Semoga satu hari nanti kita dan yang membaca dan mendoakan ni dapat Haji mabrur dan redha Allah swt,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Dariya malah ramai yang kagum dengan kebijaksaan anak kecil itu walaupun baru sahaja berusia 6 tahun.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar impian dan hasrat Dariya dimakbulkan Allah kelak dan berharap kanak-kanak itu dapat membesar menjadi seorang wanita muslimah.

Sekadar info, Sari Yanti pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 16 Januari 2009 namun berpisah pada Disember 2014. Hasil perkahwinan itu, dia memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.