“Kawan ajak ke Siam” – Remaja 16 tahun mengadu keluar nanah dari alat sulit

“Kawan ajak ke Siam” – Remaja 16 tahun mengadu keluar nanah dari alat sulit
Statistik baharu yang menunjukkan peningkatan penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti ternyata menggusarkan pempengaruh media sosial, Doktor Samhan Ahmad Awang.
Terbaharu, Dr. Samhan berkongsi pengalamannya yang didatangi seorang remaja berusia 16 tahun yang terkena jangkitan kelamin.
Beberapa hari lepas ada seorang remaja lelaki berumur 16 tahun datang berjumpa aku, ‘Keluar nanah dari alat sulit’.
Aku seperti dapat menjangka lalu bertanya, ‘Okay, saya nak adik jujur. Adik ada melakukan hubungan seks dengan sesiapa?’
Kalau dia tak jujur aku tak boleh tolong.
Menjawab kepada pertanyaan Dr. Samhan, remaja berkenaan memaklumkan ada melakukan hubungan seks sewaktu bercuti ke Thailand bersama rakan-rakannya.
Ujar remaja itu lagi, dia melakukan perkara tersebut selepas diajak rakannya untuk ‘mencuba’ perkara baharu.
Dr. Samhan kemudiannya menasihati remaja itu untuk bijak memilih rakan supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini.
Menerusi perkongsian yang sama, Dr. Samhan menitipkan pesan buat ibu bapa untuk mengawasi anak-anak ditambah pula dengan kehidupan serba moden yang boleh diakses hujung jari.
Mungkin ibu bapa terlepas pandang aktiviti anak-anak disebabkan kesibukan kerja.
Jangan hanya lepas tangan pada guru untuk didik mereka semua aspek kehidupan.
Semuanya boleh diperoleh hanya dengan hujung jari, pantauan ibu bapa sangat penting.