“Saya yang kantoi, muka pulak lawo..” – Sharifah Sakinah dedah tak pernah ada pengalaman dicurangi
“Saya yang kantoi, muka pulak lawo..” – Sharifah Sakinah dedah tak pernah ada pengalaman dicurangi
Pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan dia tidak pernah berdepan dengan situasi dicurangi mana-mana bekas kekasihnya sebelum ini.
Menerusi video yang dimuat naik Bambam Studios, Sakinah berkata, kesemua bekas kekasihnya merupakan seorang yang baik-baik belaka.
‘Ex’ saya semuanya okay-okay.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini berseloroh mengatakan dia yang pernah ‘kantoi’ berlaku curang dalam hubungan percintaannya.
Tapi ‘so far’ pengalaman saya, saya yang kantoi (curang), hahaha.
Maaf, bye. Nak buat macam mana kan? Muka pula lawo.
@bambamstudiosofficial Lain macam pengalaman dicurangi @Sharifah Sakinah Hemma Fit ni🤭🤭 @@ifame.my Jom Usha drama CURANG TANPA NIAT (The Office Wife) – BERMULA 23 Disember, Setiap ISNIN – KHAMIS, 10 MALAM di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go. Boleh layan di mana mana saja, bila – bila masa! #JomUsha #AstroGo #OnDemand #CurangTanpaNiat #CTN #megadrama #astromalaysia #sookamalaysia #bambamstudios #malaydrama #trending #AstroBaharu #DramaTikTok #sembangentertainment #dramaviral #fypシ#SembangMovie #BamBamStudios #KongsiBersama #KongsiCerita
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan pendedahan dibuat adik kepada Sharifah Shahirah itu.