“Jangan beli lagi..” – Kambing perap dikritik tak sedap, Zara Zya ucap terima kasih

“Jangan beli lagi..” – Kambing perap dikritik tak sedap, Zara Zya ucap terima kasih
Di Facebook, tular satu hantaran dibuat seorang pelanggan yang meluahkan rasa kecewa terhadap juadah kambing perap yang dijual pelakon jelita, Zara Zya di Bazar Ramadan Jalan Kebun.
Menerusi perkongsian yang dibuat, individu dikenali sebagai Noremah Ahmad meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa berat kambing perap yang dibeli tidak sampai 150 gram seperti yang tertera di gerai jualan Zara.
Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan turut memberikan ‘rating’ 1 daripada 10 terhadap kambing perap tersebut.
150 gram sekali dengan kubis, mungkin. Selepas buang kubis, jadi 130 gram.
Rasa dia 1/10. Masa beli memang tak boleh tengok isi sebab dia dah siap ‘packing’, kita tinggal bayar saja.
Tidak berdiam diri, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin kemudiannya memberikan respon menerusi platform yang sama.
Menerusi hantaran yang dibuat, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Hati Tercarik Luka’ itu bersikap terbuka dengan komen yang diberikan namun, meminta pelanggan untuk tidak menghasut orang lain untuk tidak membeli sekiranya tidak suka dengan jualannya.
Terima kasih untuk semua yang komen, apa yang tak baik saya akan perbaiki.
Kalau nak yang solid, puas hati beli yang ‘frozen’ punya ya, RM59 untuk 1.2kg.
Tak ada sayur kubis yang potong macam orang malas dan sos pun asing.
Kalau tak sedap, tak apa jangan beli lagi. Tapi janganlah hasut orang lain pula ya.
Terdahulu, tular di TikTok memaparkan perniagaan kambing perap Zara Zya di Bazar Ramadan Jalan Kebun, Shah Alam.