“Kalau suami ‘like’ gambar sebab perempuan itu cantik & seksi, maka berdosa” – Ustaz Azhar Idrus

“Kalau suami ‘like’ gambar sebab perempuan itu cantik & seksi, maka berdosa” – Ustaz Azhar Idrus

 

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), baru-baru ini memberikan pandangan mengenai tindakan menekan tanda suka atau ‘like’ pada gambar wanita lain di media sosial.

Menurut beliau, tindakan itu boleh menjadi berdosa jika dilakukan atas dasar kecantikan wanita itu atau jika wanita tersebut tidak menutup aurat.

Namun, UAI menjelaskan tindakan ‘like’ tidak berdosa jika niatnya adalah kerana isi kandungan yang dipaparkan. Bukan kerana aurat atau kecantikan wanita tersebut.

Sebagai contoh, jika seorang wanita memaparkan resipi makanan dan tidak menutup aurat, ‘like’ yang diberikan kerana resipi yang dikongsikan. Bukan kerana wanita itu tidak menutup aurat, maka tindakan ‘like’ itu tidak berdosa.

“Kalau suami like itu sebab perempuan itu cantik, mendedahkan aurat, maka berdosa.

“Tapi kalau dia like itu bukan kerana aurat itu, tetapi kerana apa yang perempuan itu ucapkan itu betul. Contohnya wanita itu berikan resepi makanan dan dia tidak menutup aurat.

“Jadi bila dia like, dia bukan like perempuan itu tak tutup aurat, dia like resepi. Maka tidak berdosa.”

Walaupun begitu, UAI menasihati para suami untuk meninggalkan apa-apa yang meragukan. Dan seelok-eloknya tidak perlu ‘like’ gambar wanita lain untuk mengelakkan fitnah

Beliau juga menambah bahawa tindakan tersebut boleh menyebabkan isteri merasa ragu dan cemburu, seperti mana yang Nabi Muhammad SAW telah menasihati umatnya untuk meninggalkan apa-apa yang meragukan.