“Kalau janda ke anak dara, boleh aku pinangkan tp bini org, takkan nk madukan suami plak? TaIak dh gugur, aku sedia menjanda, tak sampai 2jam dia ajak rujuk, minta diberi peluang demi anak2”

Salam admin. Minta hide profile saya. Saya seorang isteri, ibu anak tiga dan berkerja. Kenal suami sejak dari zaman belajar. Sebelum bergeIar isteri, saya sahabat dan saya adalah pasangan kekasih. Jujur.
Saya sayang dia dunia akhirat. Syurga saya pada dia. Dia suami yang baik, tak pernah naik suara, tolong buat kerja rumah, boleh uruskn anak-anak jika saya sibuk. Di awal perkahwinan saat saya sarat mengandung dia curang dengan isteri orang.
Dia keluar tinggalkan saya berbulan-bulan. Saat tu saya sangat terkesan. Hampir bercerai. Demi anak saya terima dia pulang. Seperti kata orang, waktu merawat luka. Saya beranggapan suasana aman dan damai tu adalah bahagia yang sama kami rasa.
Rupa-rupanya bah meIanda dalam sekelip mata. Setelah 8 tahun berlalu, perkara yang sama berulang. Dia curang lagi dengan isteri orang. Saya yang pernah dicurangi sentiasa beringat, ‘suatu hari dia akan curang lagi, dan saat itu saya bersedia menjadi janda.
Mulanya saya sedar dia berubah tapi saya tak nak menuduh, hari demi hari, pertengkaran demi pertengkaran. Akhirnya saat tu terb0ngkar, saya dipanggil oleh pihak atasan mereka untuk mencari solusi bagaimana nak menasihatkan mereka. Kalian fikir saya ada kekuatan tu?
Dengan anak bongsu baru berumur 9 bulan pada waktu tu. Saya ambil keputvsan jumpa dengan suami perempuan tu. Saya serahkan semua bukti bil telefon, gambar, video. Jujur. Hati saya hancur. Kecewa. Depresi. Hilang arah. Hilang keyakinan.
Cuma yang saya ada dan saya ingatkan pada diri saya bersedia jadi janda. Cumanya saya beruntung semua family berada pada pihak saya.
Kalau pun saya hilang seorang suami saya masih ada anak-anak yang menyayangi saya, ada keluarga yang sentiasa menyokong saya, ada keluarga mentua yang sentiasa memberi dorongan pada saya.
Pun begitu saya terima maaf ya dan saya pegang janjinya untuk berubah. Tapi Allah tu hebat, dia beri saya rasa yang aneh.. Rasa seperti ada sesuatu yang berlaku. a bulan berlalu. Suatu hari anak bongsu demam. Dia dah berumur 1 tahun 1 bulan..
Tinggal sebulan lagi nak sambut ulangtahun perkahwinan ke-9, hati tergerak nak buka phone suami. Wow kejutan untuk saya. Satu profile fb khas mereka berdua. Segala cerita sumbang mereka. Saat tu saya meletop. Amarah berbaur dendam.
Saya buat screensh0t dan muatkan dalam status wasap dia. Supaya dia sedar peluang yang saya bagi tu dia sia-siakan. Dan saya tahu apa yang bakal saya hadapi. Bila kawan dia bagitau pasal status tu, dia balik rumah dengan marah,
‘dengar sini, aku bagi masa sampai 1 tengahari , kalau tak delete status tu gugur taIak satu”.. Ya. Drama. Saya nekad langgar taklik tu. Maka gugurlah talak satu. Saya hilang arah. Betul-betul lost. Tapi masih ada yang belum terluah.
Esoknya saya bersemuka dengan dia dan perempuan tu. Aku tanya kenapa berlaku seperti ini? Khasnya untuk perempuan tu kenapa sanggup curang pada suami sendiri? Kalau suami saya, saya sedar dia ada kuota lagi tiga..
Kalau janda kalau anak dara, boleh juga saya pinangkan tapi bini orang, takkan dia nak madukan suami dia pulak? Saat tu marah, kecewa, kesakitan yang saya simpan 8 tahun 11 bulan saya lepaskan. TaIak dah gugur. Saya dah sedia menjanda.
Saya bukan tak ada punca pendapatan sendiri. Dia siap ucap depan perempuan tu tak akan balik dengan saya dan dia nak ambik perempuan tu jadi bini.
Saya tak akan maafkn perempuan tu sampai bila-bila. Biar dia merangkak sekali pun di akhirat, orang yang kita sayang sanggup kata macam tu, saat tu la saya sedar saya dalam kesedihan yang sangat dalam.
Sedangkn kita sayang dia sepenuh hati. Ibarat kaca yang terhempas, saya tak ingin sakitkn diri mengutip kaca-kaca tu, tapi itulah ada 3 pasang tangan sanggup berIumuran darah menggenggam serpihan tu. Anak-anak.
Amarah saya hilang. Yang Tinggal cuma kesakitan. Saya penat dengan hidup. Dalam masa yang sama tak sampai 2a jam dia ajak rujuk. Dia whatsapp seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Berkal i- kali saya ingatkan, dia dah gugurkn taIak pada saya.
Dia tanya, apakah saya tak sudi lagi jadi isteri dia? Saya dah keliru, tadi dia beria-beria tak nak ambil saya balik dah kenapa nak tanya saya soalan macam tu? Dia datang minta maaf. Minta diberi peluang, Demi anak-anak.
Tapi saya kata, saya tak akan beri peluang semudah tu. Naik mahkhamah. Nak rujuk balik pada saya bukan semudah nak nikah dengan saya macam 9 tahun lepas. Saya nak dia rasa nak ambik saya bukan jalan mudah lagi. Saya ada maruah.
Dulu nak kahwin isi borang, ada wali, ada saksi, ada tok kadi, boleh terus kahwin, biar mas kahwin hutang sampai sekarang pun tak habis lagi. Rujuk. Cumanya saya jadi paran0id, jadi takut, depr3si. Saya rasa bila-bila masa dia boleh buat balik.
Marah tu hilang tapi Iukanya sakit dan menakutkan. Saya mula rasa gelisah yang amat. Entah, kadang-kadang fikir hidup ini gamaknya saya cuma jadi beban pada semua orang. Gamaknya bahagia tu bukan milik saya. Entah.
Berhari-hari tak tidur. Kalau tidur pun sekejap-sekejap je. Kemudian tak sedar tiba-tiba nangis kenang nasib diri. Orang akan nampak saya normal sebab saya tak pernah tunjuk pada orang saya bersedih. Bila saya duduk seorang diri semuanya nampak hanya menyakitkan pada saya.
Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak tahu macam mana nak buang rasa takut ni. Saya tak tau macam mana nak hilangkan rasa sakit saya.
Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata-rata bersimpati dengan nasib penulis yang berkali-kali dikhianati oleh suami tercinta.
Semoga nasihat-nasihat yang diberikan dapat memberikan kekuatan pada penulis.