“Dia bukan lelaki gatal” – Kak KM mohon henti kecam, anggap Saiful Apek macam abang

“Dia bukan lelaki gatal” – Kak KM mohon henti kecam, anggap Saiful Apek macam abang

 

“Dia bukan lelaki gatal” – Kak KM mohon henti kecam, anggap Saiful Apek macam abang

“Jangan kecam abang Apek. Kesian, dia tak biasa kena kecam. Benda itu berlaku secara spontan,” kata usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM, 43, ketika diminta mengulas video dirinya didakwa berpelukan dengan pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek, 56, yang tular hingga mengundang kecaman netizen sebelum ini.

Kak KM berkata, Saiful Apek ada menghubunginya dan memberitahu dirinya teruk dikecam netizen di media sosial selepas insiden berkenaan.

“Nak buat macam mana benda tu berlaku secara spontan. Saya cakap padanya tak kisahlah kena kecam kerana benda itu sekejap sahaja dan kita macam adik-beradik.

“Apa yang penting, suami saya ada di situ dan nampak kejadian itu memang spontan dan tak nampak macam dia (Apek) nak ambil kesempatan pun.

“Dia (Apek) ada isteri dan anak serta sudah berhijrah dan saya juga menghormatinya,” katanya ketika ditemui pada sidang media Gerobok Biru Gegak Gempita Raya.

Mengenai insiden itu lagi, kata Kak KM, dia juga sudah memadam video yang mengundang kecaman itu dari semua platform media sosialnya.

“Sebenarnya, saya selesa dengannya sebab dia (Apek) bukan lelaki gatal yang cuba nak ambil kesempatan sebab kalau jumpa lelaki yang gatal saya akan jauhkan diri.

“Ketika kejadian itu, dia datang jumpa mama (ibu) saya, bersalam dan cium tangan semua dan saya berasa macam dia seperti abang sahaja,” kata anak pelakon veteran, Normah Damanhuri itu.

Ditanya pandangannya mengenai Apek pula, kata Kak KM, dia memang meminati pelawak itu sejak zaman Senario lagi.

“Bagi saya, dia (Apek) seorang yang baik, cakap lembut dan tidak menyakiti hati orang lain serta ‘good looking’.

“Dia juga beritahu suka menonton video bagaimana saya melayan mama (ibu) dengan baik yang di muat naik di media sosial,” katanya.

Terdahulu, tular video di mana Apek didakwa berpelukan dengan Kak KM dalam sebuah acara baru-baru ini.

Video itu turut mengundang kecaman netizen, lebih-lebih lagi Apek dikenali dengan perwatakannya yang lebih ke arah Islamik sejak kebelakangan ini.

Namun, Apek sudahpun memohon maaf dan mengakui khilafnya itu.