“Baru seminggu kahwin dengan perempuan B40, ingatkan rajin sangatlah dia, sekali baru tahu biawak komodo”

“Baru seminggu kahwin dengan perempuan B40, ingatkan rajin sangatlah dia, sekali baru tahu biawak komodo”

 

“Baru seminggu kahwin dengan perempuan B40, ingatkan rajin sangatlah dia, sekali baru tahu biawak komodo”

Ketika fasa percintaan, segala-galanya indah belaka.

Namun perangai sebenar pasangan masing-masing hanya akan tersingkap apabila sudah ‘tidur sebantal’ dan menjalani kehidupan seharian bersama-sama.

Demikian juga kisah dikongsikan seorang lelaki, yang meluahkan rasa kecewanya selepas mengetahui wanita yang dinikahi rupa-rupanya seorang pemalas.

“Baru kahwin dengan perempuan B40. Sudah berpuluh kali tegur pun sama. Tak kan baru seminggu kahwin nak kata cerminan suami?

“Saya balik kerja, ada lagi kerja dekat rumah kemas itu ini. Rumah macam tongkang pecah.

Time macam ni pun bergolek main handphone padahal suami ada dekat sebelah. Sekarang pukul 1.58 pagi,” tulisnya dalan hantaran yang dikongsikan di laman grup B40 Buat Perangai Apa Harini.

Individu tersebut mendakwa, sikap isterinya berbeza sama sekali ketika mereka berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing.

Lebih membuatkan dia terkejut, adik iparnya sendiri mendedahkan bahawa kakaknya hanya ‘berlakon’ rajin sebelum berkahwin demi menambat hatinya.

“Waktu saya nak datang, time tu dia buat-buat kemas, buat-buat tolong mak memasak, buat-buat berhias walaupun di rumah.

“Nampak macam panas punggung kalau tak berdiri buat kerja rumah. Sampaikan tiga kali ambilkan saya air waktu ada di rumahnya.

“Ingatkan memang rajin sangatlah dia. Sekali dah kahwin baru tahu biawak komodo. Sekarang air pun tak angkat. Yang dia angkat, punggung… bila bateri handphone nak kong, lintang pukang cari cable,” luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang dilontarkan netizen namun rata-ratanya menyarankan supaya lelaki tersebut memainkan peranan sebagai ketua keluarga berbanding terus merungut.

Dalam pada itu, netizen juga tidak bersetuju dengan tindakannya yang seolah-olah memukul rata kononnya wanita daripada keluarga B40 sebagai pemalas.

“Jangan merungut bang. Dalam dunia ni, memang kita tak ada dapat 100 peratus apa yang kita suka. Berlapang dada dan cari titik tolak paling dekat. Kita lelaki kena tabah dan kuat. Kena jadi alpha.

“Janganlah lump-sum samakan semua B40 macam tu. Ada je yang rajin.

“Kahwin atas pilihan sendiri, jadi tak perlu mengeluh. Settle sendirilah,” antara komen netizen.