“Kami tak tinggal sekali” – Wanita menyesal kahwin kali kedua, suami bermalam bila nak ‘bersama’ saja

“Kami tak tinggal sekali” – Wanita menyesal kahwin kali kedua, suami bermalam bila nak ‘bersama’ saja

 

“Kami tak tinggal sekali” – Wanita menyesal kahwin kali kedua, suami bermalam bila nak ‘bersama’ saja

Kegagalan dalam perkahwinan pertama tidak semestinya akan mematahkan semangat seseorang untuk mencari cinta baharu seterusnya membina rumah tangga sekali lagi.

Namun, bukan semua perkahwinan kedua itu menemui kebahagiaan, mungkin juga lebih buruk berbanding sebelumnya.

Seorang wanita mengakui menyesal berkahwin kali kedua, malah berasa terhina apabila merasakan suami hanya bernikah dengannya kerana seks, selain berdepan cabaran sikap anak tiri.

“Saya dan suami baru bernikah bulan September lalu. Kami masing-masing mempunyai anak dengan saya anak seorang dan dia dua orang anak.

“Sehingga hari ini kami masih tak tinggal sekali. Suami hanya datang bermalam bila ‘nak’ sahaja. Saya mula rasa diperbodohkan,” luah wanita itu.

Menurut wanita ini, anak sulung suaminya yang berusia 19 tahun kerap mengganggu mereka sekeluarga dan ia menjadi ‘punca’ mereka tidak tinggal bersama.

“Masalah sekarang anak sulung suami kerap buat perangai seolah-olah macam sengaja mengganggu. Suami pula risau anak perempuan dia duduk seorang,” katanya.

Sepanjang tiga bulan perkahwinan, wanita itu mendakwa suaminya gagal dalam memberi nafkah dan dicerai dua kali.

“Nafkah pun ‘ke laut’. Sejak nikah suami dah lafaz talak dua kali tanpa rujuk mahkamah. Suami paksa saya pergi mahkamah untuk cerai fast track.

“Saya tak nak pergi sebab rasa dihina. Saya minta suami buat cerai biasa dan saya tak nak pergi mahkamah. Biar dia cerai sendiri,” katanya.

Dia juga bercadang ingin mengambil tindakan terhadap anak tirinya kerana mendakwa menjadi antara punca perkahwinannya goyah.

“Anak tiri tu sebelum nikah duduk dengan mak dia, dah daftar masuk universiti tapi boleh pula berhenti (belajar) duduk rumah sewa tempat ayah dia simpan barang-barang kerja.

“Saya ajak duduk sekali tetapi suami berbagi pula dengan giliran duduk rumah sewa dah macam saya ni isteri kedua pula. Bila dah cerai macam ni kecewa la,” katanya.

Reaksi netizen.

Sementara itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana ada antara mereka pernah melalui nasib hampir sama.

“Lebih kurang macam kes aku, anak perempuan aku memang tak serasi dengan isteri dan pernah juga beberapa kali nak buat fast track. Pernah buat pengesahan cerai tapi hakim cakap tak jatuh talak.

“Kami masih sayang akhirnya aku yang mengalah. Bila anak aku cuti sekolah, aku akan tidur rumah isteri, bila anak masuk asrama baru isteri tinggal kat rumah aku,” kata seorang netizen lelaki.

“Saya tak faham kenapa bila bapa nak kahwin lagi, tak kira la cerai hidup atau mati, anak si lelaki mesti buat hal?” tanya seorang lagi netizen.

“Maaf cakap, awak sama dengan bekas mak tiri saya. Nak ayah tapi tak nak kami adik beradik, awak cerai je la. Cari laki bujang yang boleh hadap awak,” kata seorang lagi warga maya.