‘Kalau kahwin pun belum daftar, macam mana nak fail cerai?’

‘Kalau kahwin pun belum daftar, macam mana nak fail cerai?’

 

‘Kalau kahwin pun belum daftar, macam mana nak fail cerai?’

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar menafikan dakwaan mahu membiarkan isterinya, Fara Salleh gantung tak bertali susulan kemelut rumah tangga mereka yang menjadi bualan ramai ketika ini.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia juga sedang menunggu surat dari pihak mahkamah jika Fara ada memfailkan cerai terhadapnya.

Walau bagaimanapun, Shuk yakin pemfailan cerai itu tidak dapat dibuat kerana mendakwa perkahwinan mereka masih lagi belum didaftarkan.

Tak adalah saya nak biarkan isteri gantung tak bertali sebab kalau betul dia sudah failkan cerai, saya sedang tunggu juga surat dari mahkamah.

Cuma itulah, kalau perkahwinan kami pun belum berdaftar macam mana nak failkan sesuatu di mahkamah.

Kenapa tak daftar lagi? Boleh tanya Farah kot sebab dia suka bercerita, saya tak suka bercerita.

Dalam masa yang sama, bekas penyampai radio Hot FM ini enggan membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkannya menyesal di kemudian hari.

Saya tak berani komen banyak sebab sekarang ini apa yang saya buat adalah memberikan fokus kepada diri saya sendiri.

Ketika ini, apa yang berlaku saya akan biarkan dahulu sebab banyak sangat yang saya perlu fokus di Singapura sebab raya macam yang kita tahu memang banyak sangat pakai duit.

Pada saya, saya tak mahu buat apa-apa keputusan sekarang sebab kalau saya buat, ketika itu mungkin saya dalam keadaan yang tidak okay.

Jadi, saya tak nak menyesal di kemudian hari.

Menjawab dakwaan mengatakan yang dirinya tidak mengaku kandungan Fara itu bukan dari benihnya, Shuk meminta agar dikeluarkan segala bukti jika benar dia berkata demikian.

Saya masih Islam dan masih berpuasa dan demi Allah saya tak pernah pun keluarkan ayat, ‘Isteri beban dan kawan yang beri rezeki’.

Dan saya minta keluarkan satu bukti yang saya ini mengatakan anak itu bukan anak saya. Tak ada bukti tau, sebab itu saya diamkan saja.

Bila saya diam, nak kata saya tak mengaku anaklah dan sebagainya walhal saya tak ada bercakap apa pun.

Saya ini bukannya bodoh sangat. Kalau betul saya tak sayang anak, cari anak-anak saya tanya macam mana saya dengan mereka.

Di akhir temu bual, pelawak berusia 39 tahun ini berharap agar kemelut rumah tangganya itu dapat diselesaikan namun bersedia dengan segala kemungkinan dan ketentuan Allah SWT.

Sudah tentu saya saya sayangkan isteri tetapi saya pun ada ‘limit’.

Kalau perkahwinan dahulu gagal itu sebab saya yang gagal tapi perkahwinan yang sekarang ini, usaha itu bukannya datang dari sebelah pihak saja.

Ia perlu dari kedua-dua belah pihak tapi kalau sebelah pihak saja yang berusaha tak akan jadi apa-apa.

Jadi, kita akan cuba cari jalan terbaik supaya dua-dua pihak rasa selesa.

Kalau Allah kata ada jodoh lagi, ada tapi kalau tak ada, tak adalah.

Imbas kembali, Fara mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.

Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.

Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.