Juru gambar beri peringatan kepada lelaki, mohon pakai kasut bila datang majlis kahwin

Juru gambar beri peringatan kepada lelaki, mohon pakai kasut bila datang majlis kahwin

 

Umum mengetahui, ketika kita dijemput untuk menghadiri majlis keramaian, kita hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai.

Tak kisah majlis apa pun, seeloknya kita meraikan tuan rumah dengan pakaian yang sopan.

Isu mula timbul apabila tetamu kenduri kahwin mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian dengan majlis.

Sebagai contoh, tidak berkasut dan hanya memakai selipar.

Itu belum kira lagi baju seperti jersi atau cetakan dengan gambar-gambar yang keterlaluan.

Melalui permerhatian orang ramai, rata-rata isu ini timbul dalam kalangan tetamu lelaki.

Perkara ini juga secara tak langsung merosakkan gambar yang ingin pengantin simpan sebagai kenang-kenangan.

Mungkin sering berdepan masalah dan dilemma yang sama ketika menyunting gambar, seorang juru gambar majlis perkahwinan memuat naik satu video di @zeecoooo menegur tetamu untuk memakai kasut ke kenduri kahwin.

@zeecoooo

lelaki kalau nak pergi wedding tolong lah pakai kasut. peringatan dari wedding photographer.

♬ original sound – 🦾 – yasier

Untuk pengajaran bersama, kalau boleh tu sebelum hadir ke kenduri kahwin, buat semakan tentang pakaian, adakah bersesuaian atau tidak.

Yang paling penting, tolong lah datang dengan berkasut.