“Aku malu dengan mentaliti sampah” – Jojo Ghazali kecewa dikecam netizen

“Aku malu dengan mentaliti sampah” – Jojo Ghazali kecewa dikecam netizen

 

“Aku malu dengan mentaliti sampah” – Jojo Ghazali kecewa dikecam netizen

Bintang sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar kecewa dengan reaksi segelintir penyokong sendiri apabila dia tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez di ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok semalam.

Johan yang beraksi dalam kategori flyweight Muay Thai terpaksa akur dengan keputusan ‘split decision’ selepas pertarungan tiga pusingan penuh intensiti.

Meskipun menampilkan semangat juang tinggi dan deretan serangan balas berbahaya, lawannya, Paez, 31, berjaya mengekang asakan bertubi-tubi Johan terutamanya pada pusingan kedua.

Ramai memuji persembahan Johan atau lebih mesra disapa Jojo, tetapi komen segelintir pengguna media sosial yang seolah-olah ‘pakar’ dalam semua bidang, membuatkan atlet muda negara itu kecewa.

“Aku umur 18 mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi aku bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit. Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan preparation (persiapan) aku tip top, tapi untuk apa?

“Datuk aku, Tan Sri Ghazali Che Mat mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ni. Bapa aku berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun demi negara ini. Adik beradik aku semua wakil Malaysia di peringkat yang tertinggi, tapi untuk apa? Masa aku dekat atas bukan main, masa aku jatuh… keluar perangai sebenar rakyat kita.

“Korang cakap lah apa korang nak cakap, aku berlagak la, aku kejar glamour la apa la. Tapi korang jangan lupa, disebabkan aku yang usaha mengejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour.

“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support (sokong) aku. Malaysia boleh tapi rakyat dengki. Korang ingat aku akan koyak ke dengan apa yang korang cakap? Mentaliti kita berbeza, sebab tu aku yang berlawan engkau hanya sekadar penonton. Terima kasih semua,” tulis Johan di Instagram.

Jojo kini mengumpul enam kemenangan daripada sembilan pertarungan sejak menyertai organisasi berprestij itu.Bagi Paez ini adalah kemenangan pertama dalam ONE Championship selepas tewas di tangan Sean Climaco dari Amerika Syarikat dalam ONE Fight Night 28, Februari lalu.