“Tegur aku pun tidak” – Gedik dengan suami orang, wanita meluat tengok perangai jiran perempuan bujang

“Tegur aku pun tidak” – Gedik dengan suami orang, wanita meluat tengok perangai jiran perempuan bujang
Entah di mana silapnya, seorang wanita merasakan kehadirannya seperti tidak disenangi jirannya walaupun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain.
Menjelaskan lanjut, pengadu berkata jirannya yang juga seorang perempuan begitu berat mulut untuk menegurnya meskipun sering bertemu dan tinggal berdekatan.
Apa yang lebih pelik dan janggal apabila jiran berkenaan dilihat begitu mesra dan ramah menegur kaum lelaki lain di kawasan kejiranan mereka.
“Pelik aku dengan jiran depan rumah ni… dia perempuan bujang. Dengan lelaki lain termasuk suami aku bukan main dia, boleh bersembang ya.
“Dengan perempuan lain, tak pula dia nak bersembang. Nak bertegur aku pun tidak. Bagi aku, perempuan ni nak perhatian ‘jantan-jantan’,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Bukan bersangka buruk, namun dia berharap jirannya itu bersikap adil dengan semua jiran tanpa mengambil kira jantina atau latar belakang.
“Kalau dia tak ada niat nak pikat pun, sekurang-kurangnya tegurlah saya juga. Sembang tanya khabar ke,” ujarnya.
Malah, dia sendiri mengakui sering kali mengambil inisiatif memulakan perbualan dengan jirannya itu setiap kali mereka bertemu.
“Saya ni lebih tua daripada dia. Sebelum ni pun saya tegur-tegur dia, tapi dia tak pernah pun tegur saya dulu.
“Tak rasa pelik ke? Kita je kena mualakan komunikasi dengan dia? Dengan lelaki-lelaki lain boleh pula nak gedik-gedik. Apabila bercakap, lemah-lembut bagai.
“Saya ni peramah. Isteri orang lain elok je saya sembang. Dia yang single langsung tak nak tegur kita. Penat kita je nak kena tegur dulu,” katanya lagi.
Di ruangan komen, perkongsian wanita itu mengenai jirannya mendapat pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen, terutamanya menasihatkan supaya dia tidak melulu buruk sangka.
“Memang wujud perempuan yang jenis boleh ‘masuk’ dengan lelaki apabila sembang-sembang dan vice versa. Tak semestinya dia ada niat nak pikat.
“Awak tak sembang dengan dia lagi, awak dah pandang serong dekat dia. Kalau saya, saya pun rasa tak syok nak ajak sembang.
“Kadang mungkin kita je kena mula dulu, tegur sikit-sikit. Jangan terus anggap negatif, mungkin dia pun kekok dengan perempuan lain, tapi dengan lelaki dia rasa lebih senang,” demikian antara komen netizen.