“Jenis orang kaya tak sombong” – Wanita dipuji santuni pakcik mahu bergambar dengan McLaren kuning

“Jenis orang kaya tak sombong” – Wanita dipuji santuni pakcik mahu bergambar dengan McLaren kuning

 

Setiap orang mempunyai kereta idaman tersendiri. Bagaimanapun ianya bukan mudah untuk dimiliki. Dapat bergambar bersebelahan dengan kereta orang lain pun sudah cukup mengembirakan hati.

Baru-baru ini seorang wanita yang juga pemilik McLaren 720S mendapat pujian warganet selepas beliau menyantuni seorang pak cik yang mahu bergambar dengan supercar miliknya.

Menerusi hantaran video TikTok @sitinaqiahfami, beliau dirakam sedang membantu seorang pak cik yang mahu bergambar dengan kereta berwarna kuning tersebut.

@sitinaqiahfami

Bila disuruh tangkapkan gambar😍. Ada juga paparazi Muhammad Yusuf Zakaria perasan rekod dari jauh haha. sitcomNadi nadilegacyconsultancy takaful greateasterntakaful medicalcardterbaik parttime fulltime agentgreateastern agenttakaful kerjaya aia fwd prudential mclaren 720s supercar

♬ original sound – Siti Naqiah Fami – Siti Naqiah Fami

Menurut wanita itu, beliau menafikan video itu konten semata-mata. Sebaliknya beliau memang sudah nampak dari jauh pak cik itu sedang menangkap gambar kereta miliknya.

“Memang nampak pak cik ini dari jauh dah tangkap gambar. Saya tak kenal pak cik ini,” jawab Siti Naqiah terhadap dakwaan segelintir netizen.

Ramai netizen yang memuji wanita itu kerana sudi menyantuni pak cik itu dan mereka juga mahu bergambar dengan keretanya jika berkesempatan.

Santuni Pak Cik Mahu Bergambar Dengan Kereta, Pemilik McLaren Kuning Dipuji Netizen

Tidak menolak permintaan netizen yang komen pada videonya, pemilik McLaren kuning itu dengan senang hati sudi memenuhi permintaan mereka.

Pada masa sama beliau berazam untuk memberi peluang kepada orang untuk duduk dalam kereta bergambar sekiranya kelapangan ketika berjumpa.

“InshAllah kalau teserempak lagi, saya bagi pak cik rasa duduk dalam pula. Masa ni ada meeting, nak cepat dah lambat,” terang pemilik McLaren kuning tersebut.

Orang ramai mendoakan kesejahteraan buat wanita itu dan berharap agar beliau terus mengikut resmi padi — semakin berisi, semakin tunduk — tanda seseorang yang merendah diri.