“Bini aku ada pakwe online” – Lelaki dakwa isteri ada skandal dengan jejaka Medan

“Bini aku ada pakwe online” – Lelaki dakwa isteri ada skandal dengan jejaka Medan

 

“Bini aku ada pakwe online” – Lelaki dakwa isteri ada skandal dengan jejaka Medan

Seorang lelaki membongkar kisah isterinya apabila mendakwa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan jejaka dari Medan, Indonesia.

Menerusi hantaran di platform X, lelaki yang dikenali sebagai Yusuf Suhair mendakwa isterinya dan jejaka asal Medan itu sudah menjalin hubungan terlarang selama sebulan selepas berkenalan di platform sama.

Yusuf mengakui terkilan dengan tindakannya isterinya yang berlaku curang selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Bangga weh bini aku ada pakwe online orang Medan. Tiga tahun perkahwinan ‘vs’ sebulan hubungan fantasi atas talian.

Aku kerja 10 pagi hingga 6 petang, setiap hari pergi pejabat, bini dengan pakwe tak bekerja, setiap hari video call, on call dan main game sama-sama.

Mereka kenal dari Twitter, curhat (luahan hati) punya curhat sampai jatuh hati.

Lebih mengecewakan, Yusuf berkata, dia sudah memberikan yang terbaik dari sudut keperluan, nafkah batin serta zahir dan kasih sayang kepada isterinya, namun akhirnya dicurangi.

Sakitlah juga terutama aku yang ‘provider’. Total habis kahwin tanggung itu ini sekitar RM500,000 sejak 2022.

Phone guna untuk on call dan video call untuk curang pun suami ini yang belikan.

Selain itu, Yusuf turut membuka cerita mengenai perancangan mereka memiliki cahaya mata, namun mendakwa isterinya memberi pelbagai alasan mengelak untuk hamil.

Enggan lagi diri diperbodohkan, Yusuf bertindak menyekat semua kad kredit, akses beberapa aplikasi dan memotong nama isterinya dalam pelan insurans hibah.