Nak jadi orang kaya tak susah pun, ikut cara lelaki ini buat, mesti jadi

Nak jadi orang kaya tak susah pun, ikut cara lelaki ini buat, mesti jadi

 

Nak jadi orang kaya tak susah pun, ikut cara lelaki ini buat, mesti jadi.

Dalam ekonomi semasa agak mustahil untuk menjadi kaya dengan cepat, namun kita tak sedar ada cara mudah lain yang membolehkan anda jadi senang.

Ini bukanlah ‘jalan pintas’ seperti yang dianggap oleh masyarakat umum, tetapi ini cara ‘tersembunyi’ yang tak terlintas dalam fikiran anda untuk senang.

Pendek kata murah rezeki, mungkin bukan kaya dari segi kewangan tapi ‘kaya’ dari pelbagai sudut.

1. Tinggalkan Wang Lebihan Sebagai Tip

Setelah makan di restoran atau gerai, tinggalkan sahaja baki seringgit dua sebagai tip kepada pekerja yang melayani kita. Takkan berkurang pun duit dalam poket kita, tetapi besar ertinya kepada mereka.

2. Beri Sedikit Token kepada Petugas Stesen Minyak

Semasa mengisi minyak, jika petugas pam membantu cuci cermin atau isi minyak, berikan sedikit token sebagai penghargaan, tak kira apa bangsa. Kita tak tahu doa siapa yang makbul.

3. Sedekah di Surau atau Masjid

Jika singgah di surau atau masjid, selepas solat, seluk poket dan cari wang bernilai besar untuk dimasukkan ke tabung masjid. Mungkin itulah sedekah terakhir kita. Hanya mereka yang benar-benar kaya hati mampu melakukan ini.

4. Beli Barang di Pasar Tani

Tukar tempat membeli barangan keperluan dari pasar raya besar kepada pasar tani untuk membantu peniaga kecil dan petani. Elakkan terlalu berkira untuk tawar-menawar harga.

5. Beli Mainan Anak di Pasar Malam

Jika nak belikan mainan untuk anak, bawa mereka ke pasar malam. Dengan RM10, mereka boleh dapat pelbagai mainan, sambil kita membantu peniaga pasar malam.

6. Genapkan Tambang Teksi 

Genapkan tambang teksi sebagai sedekah. Mereka mungkin tak memilih pekerjaan ini jika ada pilihan lain.

7. Belikan Jajan untuk Anak-anak Orang Lain 

Jika nampak budak-budak beratur di kaunter, rengek minta jajan, apa salahnya tolong bayarkan sekali. Senyuman mereka pasti menyentuh hati.

8. Beri Bantuan di RNR Semasa Perjalanan Jauh 

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung dan singgah di RNR, perhatikan orang sekeliling. Jika nampak keluarga besar yang berhimpit makan bersama, berilah bantuan seperti belikan air atau bayar makanan mereka.

9. Bayarkan Makanan Meja Sebelah 

Ketika minum di kedai makan, sekali sekala cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Lihat yang mana patut, tanpa perlu sebab atau alasan.

10. Berikan Buah Tangan kepada Pesakit di Wad 

Apabila melawat orang sakit, belikan buah tangan lebih untuk diberikan kepada pesakit lain di katil sebelah. Peringatan kecil seperti ini besar nilainya bagi mereka yang sedang berjuang melawan sakit.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah keikhlasan.

Cubalah, insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?