“Itu untuk budak-budak kecik” – Joe Flizzow pantang tengok yang dah berumur pakai baju melayu, sneakers
![“Itu untuk budak-budak kecik” – Joe Flizzow pantang tengok yang dah berumur pakai baju melayu, sneakers “Itu untuk budak-budak kecik” – Joe Flizzow pantang tengok yang dah berumur pakai baju melayu, sneakers](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2022/05/joe-e1651635641953.jpeg)
Joe Flizzow nampaknya tidak senang mata dengan mereka yang memakai baju melayu dan bersampin tetapi memakai kasut sneaker.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh laman Instagram Sneakerlah, Joe Flizzow meminta mereka yang berumur 21 tahun ke atas tidak mengenakan fesyen seperti itu kerana seperti budak-budak.
“Jika anda memakai full set baju melayu – songkok, baju kancing, sampin – tolong jangan pakai dengan sneakers.
“Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please, please.
“Itu untuk budak-budak kecik, kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua rembat lu,” katanya dalam video tersebut.
Hantaran itu telah mendapat perhatian orang ramai, selain dimuat naik di Instagram, ia juga tular di laman Twitter.
Bagaimanapun ada yang bersetuju dengan kenyataan Joe Flizzow, manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa adalah hak masing-masing untuk berfesyen.
says the bald guy with a barbershop 💁♂️ https://t.co/0KNjBt2U6D
— edelweiss (@sir_edelweiss) May 3, 2022
let's just wear what we want, he don't work for us https://t.co/DbpGcEp6JG
— 🦋 (@qsblyz) May 3, 2022
I would wear my nikah outfit with sneakers. I don’t need joe flizzow’s advice https://t.co/GhEmc2RSoS
— Datin Fatin (@fatinfaziana_) May 3, 2022
Seeloknya pakai Capal ke… kasut kulit ke.. ada ke patut pakai chuck taylor hi-cut disaat bini memakaikan kasut anak2, sang suami sibuk dengan tali kasut sendiri.
— benghaza (@Captsame) May 3, 2022
Aku kalau pakai full set baju melayu, aku suka pakai selipar capal je, senang nak kekuar masuk rumah orang. Kalau nak pergi event lain la kan 😂 pic.twitter.com/0ha5ngrOPI
— محمد شزلان (@shazlan_90) May 3, 2022