Isu laporan perubatan tersebar, Aisyah Hijanah tampil beri kenyataan
Sebelum ini, tular laporan perubatan Aisyah Hijanah yang memaparkan dia pernah dipukul dan dikasari oleh suaminya, Alif Teega.
Pelbagai spekulasi yang timbul dan menjadi perbualan netizen mengenai masalah perhubungan antara Alif dan Aisyah.
Baru-baru ini, Aisyah tampil dengan memberi kenyataan mengenai laporan perubatannya yang telah tersebar di Platform X.
Menurut hantaran di IG storynya, wanita berkenaan tidak mahu menafikan dan membenarkan apa-apa kenyataan yang tersebar kerana tidak mahu perkara ini berlarutan.
Pertama, saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.
Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, untuk berhenti daripada berkongsi.
Ibu kepada 3 orang anak ini turut berkata dia mahu menyelesaikan masalah ini secara ‘internal’ bersama suaminya dan memaklumkan mereka sedang baik-baik sahaja.
Malah, Aisyah juga memohon maaf kepada masyarakat Malaysia kerana telah menggangu emosi dan kesejahteraan mental mereka berkenaan dengan isu panas ini.
Dalam pada itu, Aisyah turut menyatakan dia akan bertanggungjawab dengan laporan kesihatannya yang telah tersebar di media sosial tempoh hari.
Walau bagaimanapun, Alif pernah menegaskan bahawa tuduhan mengasari isterinya dan berseronok bersama perempuan lain adalah tuduhan yang berat.