Isteri Safawi Rasid rimas tengok isteri yang suka ‘spotcheck’ telefon suami

Isteri Safawi Rasid rimas tengok isteri yang suka ‘spotcheck’ telefon suami

 

Isteri Safawi Rasid rimas tengok isteri yang suka ‘spotcheck’ telefon suami.

Pelakon dan personaliti media sosial, Syifa Melvin tidak bersetuju dengan tindakan segelintir isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka.

Akui rimas dengan tindakan dilakukan isteri itu, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, berpendapat sikap sedemikian boleh merosakkan hubungan pasangan berkenaan.

“Boleh tak jangan biasakan periksa telefon bimbit suami?

“Saya rimas sungguh, kahwin atau belum kahwin anda ingat perkara tu sihat ke?

“Tak perlu periksa, kalau dia buat benda tak elok banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk,” katanya

Syifa berkongsi perkara itu menerusi sesi soal jawab di Instastory pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Syifa berkata tindakan dilakukan itu juga boleh membuatkan suami hilang kepercayaan kepada isteri mereka.

Malah paling teruk jika suami tertekan, mereka mungkin akan melakukan perkara tidak baik secara sembunyi.

“Lagi anda periksa, lagi suami akan rasa isteri tak percaya dia.

“Kemudian dia tertekan buat pula benda tak baik belakang anda.

“Punca sebab sentiasa curiga pada suami sahaja, jangan cari penyakit… Jaga mental tapi bukan dengan cara macam itu,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kebangsaan iaitu Safawi Rasid pada 28 November 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman yang kini berusia setahun.