Isteri pelik suami buat ‘part time’ e-hailing siang malam meratib tak ada duit

Isteri pelik suami buat ‘part time’ e-hailing siang malam meratib tak ada duit
Kadang-kadang manusia terlalu fokus terhadap rezeki yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti wang, kerja yang bagus dan memiliki rumah sendiri.
Ramai tidak sedar dikurniakan suami yang bertanggungjawab juga merupakan satu bentuk rezeki yang tidak ternilai.
Mendapat suami yang tahu tanggungjawab dan sayangkan keluarga adalah satu rahmat yang patut dihargai oleh isteri.
Bagi seorang isteri, kesanggupan suami melakukan kerja sambilan demi memenuhi keperluan keluarga merupakan satu pengorbanan yang amat dihargai.
Namun timbul tanda tanda dalam diri, ke manakah perginya wang hasil kerja sambilan suaminya itu.
“Untung betul wanita bila ada suami yang jadi provider. Tapi tak semua wanita bernasib baik macam tu.
“Aku ada suami yang katanya buat e-hailing sebagai kerja sambilan siang malam tapi duit tak tahu ke mana,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa terpaksa hidup ‘mengemis’ dengan suami sendiri demi memastikan kebajikan anak-anak terjamin.
“Setiap kali keluar bekerja meratib nak bayar itu ini. Baju anak sehelai pun tak usaha nak beli.
“Sejak aku jadi suri rumah ni, anak aku pakai baju lusuh je. Dulu masa ada duit sendiri, aku je yang rajin beli kehendak anak,” ujarnya.
Menurut wanita itu, dia cuba untuk mencari kerja bagi membantu suaminya menyara kehidupan keluarga tetapi ia tidak semudah yang disangka.
“Nak makan apa-apa, telan air liur je. Nak keluar bekerja, aku trauma dengan pengasuh,” katanya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun.
Walaupun bergelar suri rumah, dia tetap memikirkan alternatif bagi menyelesaikan isu rumah tangga meskipun terpaksa berdepan masalah suami yang tidak berkesudahan.
“Sebenarnya saya ada pendapatan sendiri. Kerja dari rumah (WFH) tapi suami asyik mengeluh tak ada duit.
“Jadi, nak tak nak tetap kena keluarkan duit sendiri,” katanya yang jauh di sudut hati mengharapkan perubahan lebih baik dalam kehidupannya sekeluarga selepas ini.