Mesej 18SX tersebar, guru berstatus isteri orang kantoi buat benda terkutuk dengan suami orang

Mesej 18SX tersebar, guru berstatus isteri orang kantoi buat benda terkutuk dengan suami orang

 

Mesej 18SX tersebar, guru berstatus isteri orang kantoi buat benda terkutuk dengan suami orang

Warga maya dikejutkan dengan satu pembongkaran kisah cinta terlarang antara guru wanita dan seorang lelaki.

Lebih menggemparkan apabila hubungan sulit mereka berlaku ketika masing-masing masih suami dan isteri orang.

Berdasarkan dakwaan yang dikongsikan di media sosial, hubungan terlarang itu mula berputik ketika si lelaki menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik (wiring) di rumah.

“Berzina pada bulan Ramadan. Berzina dengan perempuan yang masih isteri orang. Sangat dahsyat perbuatan manusia yang dikenali ramai ni.

“Perempuan durjana, buat perkara terkutuk pada masa sama masih isteri orang dan dalam tempoh idah sekali pun.

“Perosak rumah tangga orang, pemusnah segala-galanya. Mohon pihak sekolah ambil tindakan ke atas cikgu ini,” tulis individu berkenaan dalam hantarannya.

cikgu dengan cctv

Difahamkan pendedahan itu dibuat seorang wanita yang dipercayai isteri kepada juruelektrik berkenaan.

Turut dikongsikan dalam pendedahan itu ialah tangkap layar perbualan berunsur lucah antara suaminya dan guru terbabit di aplikasi WhatsApp.

Bukan sahaja dituduh berzina, perbualan itu juga memberi gambaran mereka turut melakukan perlakuan luar tabii yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

cikgu dengan cctv

Susulan pendedahan awal, muncul pula video lain di TikTok, kali ini menampilkan guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang berkenaan.

Dalam video yang dipercayai dirakam ketika sesi bersua muka dengan isteri kepada juruelektrik itu, guru wanita berkenaan dilihat merayu agar diberi peluang kedua.

Dalam rakaman berdurasi satu minit berkenaan, wanita itu dilihat memohon maaf secara terbuka kepada isteri juruelektrik terbabit atas keterlanjuran yang berlaku.

“Bagi saya peluang. Andai kata saya buat lagi masalah… tolong la,” jelasnya merayu kepada wanita tersebut.

Difahamkan, hantaran asal yang dibuat di Facebook sudah diturunkan namun ia dimuat naik semula di beberapa platform media sosial lain.