Isteri dalam dilema, suami kantoi simpan gambar lucah bekas kekasih

Isteri mana yang tidak sedih bila dapat tahu suami sendiri curang dengan wanita lain. Apapun, lain pula kisah yang dikongsikan seorang wanita apabila suaminya kantoi masih simpan gambar bekas teman wanita.
Lebih menyedihkan bila, suaminya turut menyimpan gambar lucah dalam komputer riba milik mereka.
Luahan wanita ini dikongsikan di Twitter yang meminta pandangan orang ramai tentang apa yang patut dia lakukan. Dia mendakwa perbuatan suaminya itu kantoi selepas 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Jadi insecure dengan badan sendiri…
Ada gambar ex dia dan gambar perempuan melayu tunjuk b*obs dan separuh bogel. Saya tak pasti itu siapa. Tak banyak tapi ada beberapa. Saya tak sanggup nak scroll lagi ke bawah sebab jantung berdegup laju gila time tu.
Takut nak terus terang dan cetus pergaduhan besar..
Bila tengok gambar tu, saya jadi insecure dengan badan sendiri. So patut ke tak saya terus terang? Boleh minta pendapat yang lain. I need help. Tak boleh tidur malam.
• Layan porn
• Simpan gambar tak senonoh
• Simpan gambar Ex
• Curang dengan bini orang🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Korang tolong bagi kata-kata semangat & cadangan tindakan yg boleh sis kita ni ambil. pic.twitter.com/9NmxfiAZks
— TwtWedding (@twtmalaywedding) June 17, 2022
Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, ramai netizen menasihatkan agar wanita itu ‘angkat kaki’ dan keluar daripada perkahwinan itu kerana bimbang akan berterusan sakit hati.