Peminat cemas IShowSpeed tercekik makan Musang King sekali biji

Peminat cemas IShowSpeed tercekik makan Musang King sekali biji

 

IShowSpeed mengalami detik mencemaskan apabila dia tercekik durian ketika makan buah tersebut di Malaysia.

Selebriti internet dari Amerika Syarikat itu berkunjung ke Malaysia dalam jelajah Asia Tenggaranya.

Dan dia tidak melepaskan peluang untuk mencuba buah durian yang menjadi antara buah paling popular di Malaysia.

Terkenal dengan sikapnya yang terlebih teruja, Speed telah mengeluarkan seluruh tenaga keterujaannya ketika makan buah durian itu.

Dan IShowSpeed yang berpakaian batik itu kelihatan tercekik durian.

Sebelum ini dia pernah mencuba durian ketika berkunjung ke Thailand. Cuma kali ini nasibnya tidak begitu baik apabila dia tercekik buah tersebut.

Peminatnya segera memberikan komen: “Kita hampir sahaja kehilangan beliau.”

Yang lain berkata: “Speed bukan itu caranya makan durian.”

Ramai juga mengingatkannya agar sentiasa makan dengan perlahan. Kerana sudah beberapa kali Speed tercekik ketika makan kerana terlalu teruja.

IShowSpeed kemudian berkongsi durian itu dengan peminat yang mengerumuninya.

@cemboyy2

tercekik member makan durian😭#ishowspeed #speedinmalaysia

♬ original sound – cem – cem

Selain daripada mencuba durian, dia juga berpeluang mencuba Super Ring.

Dan IShowSpeed benar benar menikmati keropok yang popular di kalangan rakyat Malaysia itu.

Dia memuji Super Ring sebagai snek yang terbaik.

“Ini adalah yang terbaik,” kata Speed yang menikmatinya.

IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr.  lahir 21 Januari 2005), ialah personaliti internet Amerika dan penstrim dalam talian.

Dia terkenal dengan tingkah laku dramatik dan teruja dalam pelbagai strim langsung, terutama sekali ketika bermain permainan video.

Pada tahun 2022, IShowSpeed ​​mula beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.

Speed seringkali memuat naik konten menyokong CR7 dengan sepenuh jiwa raganya.

Ketika ini IShowSpeed sudah memiliki 30.1 juta pelanggan di saluran YouTube miliknya. Dia seringkali menjelajah ke negara lain untuk menemui peminat dan juga merasai sendiri pengalaman berada di negara orang.