Ipoh tersenarai antara 8 destinasi pelancongan terbaik di Asia 2025
Ipoh tersenarai antara 8 destinasi pelancongan terbaik di Asia 2025
Ipoh, Perak telah dipilih antara lapan destinasi pelancongan pilihan terbaik di Asia pada tahun 2025.
Menerusi laporan daripada Time Out, Ipoh menduduki tangga ke lima daripada lapan destinasi pilihan yang menjadi tarikan.
Ipoh menjadi pilihan destinasi kerana dikatakan mempunyai kawasan bersejarah serta memikat hati pelancong dengan bangunan warisan serta deretan kedai lama selain keindahan gua batu kapur.
Tidak terkecuali, Ipoh juga terkenal sebagai syurga makanan dan minuman kopi.
Sumba, Indonesia menjadi destinasi pelancongan pilihan pertama diikuti Siargao di Philippines, tempat ketiga, Da Nang di Vietnam dan Tainan yang terletak di Taiwan.
Selain itu juga, Osaka, Jepun, Nan di Thailand serta Lijiang China turut menjadi pilihan lokasi pelancongan yang menarik.
Dalam hantaran di X juga, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut.