Netizen Indonesia sangkal dakwaan netizen Malaysia filem ‘Ipar Adalah Maut’ hina Islam

Netizen Indonesia sangkal dakwaan netizen Malaysia filem ‘Ipar Adalah Maut’ hina Islam

 

Netizen Indonesia sangkal dakwaan netizen Malaysia filem ‘Ipar Adalah Maut’ hina Islam.

Filem Indonesia terbaru Ipar Adalah Maut (2024) kini menjadi topik hangat dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia.

Sebagai filem yang didakwa diadaptasi dari kisah benar, filem ini memuatkan tema hubungan kompleks dalam sebuah keluarga.

Sebahagian penonton melihat filem ini sebagai karya kontroversial yang terselit elemen-elemen yang menyimpang dari moraliti Islam.

Berlatarkan tema ‘Islamik’, tetapi penuh dengan babak intim yang dikatakan terlalu berani, Ipar Adalah Maut terus mencetuskan perdebatan hangat.

Netizen di Malaysia, khususnya golongan Muslim, mengkritik filem ini sebagai karya yang hanya menunggang agama.

Mereka berpendapat karya seperti ini berisiko mengundang pandangan keliru mengenai nilai Islam dalam industri perfileman.

“Bila pula kita mula bersandar pada filem bercorak ‘fast-food faith’ ni sebagai sumber inspirasi spiritual? Mari kembali kepada asatizah sebenar untuk ilmu agama,” luah @WVGIF di media sosial, mengkritik trend filem yang berunsur “Islamik” tetapi penuh kontroversi ini.

Sebahagian penonton pula, melihat reaksi keras terhadap filem ini sebagai keterlaluan.

Mereka berpendapat adegan intim yang dipersoalkan boleh diabaikan dan tidak sepatutnya menjadi sebab utama untuk terus menghentam karya tersebut.

Walaupun majoriti penonton Indonesia melihat karya ini sebagai peningkatan dalam nilai produksi filem, segelintir pihak di Malaysia merasakan ia melangkaui sempadan moral.

Netizen seperti @Munuy13 menyatakan bahawa isu yang dibangkitkan adalah lebih berkaitan dengan kemampuan industri hiburan Indonesia untuk berkembang, berbanding isu agama atau moraliti semata-mata.

Menurutnya, Ipar Adalah Maut dan filem seangkatan dengannya adalah percubaan untuk meningkatkan standard perfileman Indonesia melalui pendekatan sinematografi, muzik, dan jalan cerita yang lebih kompleks.

Namun, tidak semua penonton bersetuju dengan pandangan ini.

Pengkritik seperti @theloratadine menganggap kritikan yang dilemparkan terhadap filem ini sebagai teguran yang wajar dan tidak boleh dipandang remeh.

Screenshot 2024 11 15 161303

Screenshot 2024 11 15 161352

Screenshot 2024 11 15 162213

Screenshot 2024 11 15 162228

Screenshot 2024 11 15 162305