Intan Najuwa syukur suami mudahkan urusan, bayar tiga pembantu & jururawat ‘private’ jaga anak

Intan Najuwa syukur suami mudahkan urusan, bayar tiga pembantu & jururawat ‘private’ jaga anak

 

Intan Najuwa syukur suami mudahkan urusan, bayar tiga pembantu & jururawat ‘private’ jaga anak

Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan bilangan pembantu yang tinggal serumah dengannya bagi memudahkan urusan menjaga anaknya, Imane Lunara.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories),  Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat menjawab beberapa persoalan warganet mengenai proses penjagaan Lunara.

Tambah Intan, segalanya diuruskan oleh suami agar dirinya ada masa untuk berehat.

Luna ada tiga babysitters sekarang dan mereka semua tinggal dengan kami.

Sorang tolong siang, sorang malam dan sorang lagi uruskan barang-barang Luna.

Suami saya yang uruskan semua ini untuk pastikan saya dapat rehat yang cukup dan dapat jaga diri sendiri.

Dalam pada itu, Intan meluahkan rasa syukur dengan keprihatinan suami terhadapnya.

Tidak cukup dengan tiga pembantu, suami kepada aktres berusia 27 tahun itu iaitu Dato’ Ahmad Azraf Azman membayar jururawat khas untuk pastikan Luna sentiasa dalam keadaan baik.

Berita baik! Tiada lagi ke emergency.

Suami saya dapatkan jururawat private untuk tengokkan luna 24 jam.

Lega sangat.

Suami juga letak vital monitor dekat rumah untuk jururawat check kalau Luna ada apa-apa.

Kini, Intan akui kurang tertekan dalam proses membesarkan puteri sulungnya, Imane Lunara dengan kemudahan yang disediakan oleh suaminya.