‘Ini untuk Al-Aqsa dan para syuhada kami’ – Al Qassam lancar senjata baru Ayyash 250
Abu Ubaidah;
“Dengan arahan Ketua kami Khaled Muhammad Al Deif, dengan ini kami melancarkan peluru berpandu ke arah Lapangan Terbang Ramon menggunakan peluru berpandu Ayyash 250 yang mampu pergi 250 km dan kesan binasa yang besar. Ini untuk Al Aqsa dan para syuhada kami!”
Serangan ke arah Lapangan Terbang Ramon baru dimulakan. Briged Al Qassam menggunakan senjata baru iaitu Ayyash 250 yang boleh terbang sejauh 250km dan kesan binasa yang lebih dasyat. Sebelum ini Lapangan Terbang Ben Gurion telah ditutup dan dipindah ke Lapangan Terbang Ramon.
“Kami menggunakan Ayyash 250 untuk memberitahu musuh kami bahawa dari utara ke selatan Palestine, kami mampu pergi. Ini lah senjata pemusnah kami yang baru terbang ke langit Palestin ke arah target kami dengan izin ALLAH YANG BERKUASA!”
Nama peluru berpandu Ayyash diambil sempena nama pembuatnya Yahya Ayyash. Seorang jurutera;ketua bahagian pembuatan senjata Briged Al Qassam. Beliau sangat digeruni Israel kerana kecerdikannya. Ayyash 250 adalah buatan Briged Al Qassam 100% dan bukan dari negara luar! Allahuakbar
Kata pagar #عياش_250 🇵🇸 atau (#Ayyash250) sedang trending di Palestin.
ISRAEL MENGISYTIHARKAN 70% KAWASAN JAJAHANNYA TELAH DIHUJANI PELURU BERPANDU #AYYASH250!!!! ALLAHUAKBAR!!!
Israel memaklumkan berpuluh bangunan di Tel Aviv dan Beersheva ditimpa #Ayyash250. Iron Dome gagal memintas kebanyakan daripadanya.
MEDIA ISRAEL MEMBERITAHU BENJAMIN NETANYAHU DAN BEBERAPA PEMIMPIN LAIN TELAH MEMASUKI BUNKER BOM UNTUK PERLINDUNGAN. ALLAHUAKBAR! #Ayyash250
Video baru diterima. Kesan impak #Ayyash250 berhampiran Zohar, Israel!
Sebahagian tubuh #Ayyash250 yang jatuh sebentar tadi di tanah jajahan Israel.
LAPANGAN TERBANG RAMON BARU SAJA DIISYTIHARKAN LUMPUH DAN DITUTUP. INI BERMAKNA KEDUA DUA LAPANGAN TERBANG ISRAEL TELAH LUMPUH. ALLAHUAKBAR! #Ayyash250
Israel memberitahu serangan #Ayyash250 sangat pantas hingga ada beberapa tempat tidak sempat untuk dibunyikan siren amaran dan terus hentam. Benar janji Abu Ubaidah semalam, stok baru senjata mereka akan bawa neraka pada Israel.
Briged Al Qassam memberitahu mereka kini bersedia melepaskan dron dron pemusnah ke arah Israel.
Media Israel melaporkan hospital hospital menerima jumlah pesakit yang ramai apabila mereka datang mengadu anxiety attack.
Laluan udara antarabangsa Israel kini ditutup ekoran kedua lapangan terbangnya lumpuh. Kesemua penerbangan dibatalkan.
Media Israel melaporkan penduduk di sempadan Gaza diarahkan untuk memutuskan semua hubungan elektronik mereka selepas mendapat risikan bahawa Briged Al Qassam sedang menggodam sistem Israel untuk mendapatkan maklumat.
Allahuakbar IDF memaklumkan mereka tidak mampu memintas 100% roket #ayyash250 kerana terlalu banyak. Sementara itu, media Israel melaporkan ada glitched di dalam sistem komputer mereka dipercayai sedang digodam.
Kredit: @Jatikhwan