“Ingatkan hanya ‘ringan-ringan’..” – Lelaki buka aib sendiri, mengaku pernah ‘nakal’ dengan bekas kekasih

“Ingatkan hanya ‘ringan-ringan’..” – Lelaki buka aib sendiri, mengaku pernah ‘nakal’ dengan bekas kekasih

 

“Ingatkan hanya ‘ringan-ringan’..” – Lelaki buka aib sendiri, mengaku pernah ‘nakal’ dengan bekas kekasih

Impian seorang wanita untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati nampaknya hampir berkecai selepas dia dihantui kisah silam bakal suami.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia mula berkenalan dengan jejaka pilihannya itu pada 2023, dan kini hubungan mereka sebagai kekasih.

Selama mereka berkawan, teman lelakinya itu pernah bercerita tentang kisah silamnya bersama beberapa wanita.

“Teman lelaki cerita kisah silam yang dia nakal dengan perempuan. Saya fikir (mereka) hanya ‘ringan-ringan’. Dia cakap dah berubah dan saya boleh terima kisah silam dia.

“Teman lelaki saya pernah bercinta dengan A selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tapi putus pada 2018. Saya tak pasti apa sebab mereka putus.

“Semasa belajar di universiti, teman lelaki saya bercinta pula dengan B selama empat tahun tetapi putus pada 2022,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, dia dimaklumkan oleh teman lelakinya sendiri bahawa bekas teman wanita yang dikenali sebagai B itu yang tinggalkan dia.

Namun katanya, teman lelakinya dan wanita itu masih berhubung melalui media sosial.

Bukan sekadar itu, teman lelakinya juga sebelum ini menjalinkan hubungan bersama wanita lain yang dikenali sebagai C pada 2023.

“Kata teman lelaki, si C itu yang mempermainkan hati dan perasaan dia. Tak tahu betul atau tidak, saya tak mahu kenangkan kisah silam dia,” ujarnya.

Menurut wanita itu, dia dan teman lelakinya mula menjadi pasangan kekasih pada akhir tahun lalu, malah kini dalam perbincangan untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun dalam merancang perkahwinan itu, dia menyedari teman lelakinya masih berhubung dengan salah seorang bekas kekasih.

“Dia kantoi masih berhubung dengan si C selama kawan dengan saya dari 2023 hingga 2024. Saya sangat terkejut dia masih menghubungi si C ketika bercinta dengan saya,” tambahnya.

Lebih mengejutkan apabila si C sebenarnya sudah bergelar isteri orang, pada masa sama dia mendakwa teman lelakinya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita itu.

“Tetapi teman lelaki saya tetap cakap dia dah berubah dan janji tak berhubung dengan A, B dan C. Perlu ke saya tarik diri dalam hubungan ini?

“Atau teruskan kerana saya janji nak ubah perangai teman lelaki saya dan sayangkan dia,” katanya penuh buntu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan luahannya di samping memberi pandangan dan reaksi masing-masing.

Sis lebih baik sakit sekarang daripada sakit di kemudian hari. Takut sis menyesal, masa tu dah tak ada gunanya.

“Kau lari jangan toleh ke belakang lagi. Hidup ni ada pilihan, kenapa memilih untuk hidup merana? Kalau ada bahagia menanti, adalah nanti.

“Kalau keliru dengan pilihan tu maksudnya apa? Kalau yakin dengan apa yang awak percaya dengan keputusan awak… awak tak akan tanya dekat sini. Maknanya awak pun tak yakin dia akan berubah,” demikian antara komen netizen.