Influencer mohon maaf, mengaku buat-buat bisu selama setahun demi ‘gift’ di TikTok

Influencer mohon maaf, mengaku buat-buat bisu selama setahun demi ‘gift’ di TikTok

 

Seorang TikToker mohon maaf setelah menyedari kesilapan dirinya apabila tampil mengaku berpura-pura bisu selama setahun demi mendapatkan gift daripada penonton di siaran langsung TikTok miliknya.

Perkara itu dinyatakan oleh satu akaun dikenali sebagai injexster apabila berulang kali memuat naik video permohonan maaf tersebut kepada pengikutnya termasuklah penstrim terkenal, Soloz apabila turut pernah memberikan gift kepadanya sebelum ini.

@injexster

permohonan maaf buat kingshahx soloz dan semua influencer2 besar yang pernah support saya dulu🙏 #injexster #soloz #kingshahx #foryou #sadstory #injexsterviral

♬ Kamin – EMIN & JONY

Dalam pada itu, TikToker tersebut menyatakan dirinya memang tidak bisu dan mengakui setiap kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.

TikToker mohon maaf

Dia yang membuat beberapa lagi hantaran memohon maaf di paltform tersebut turut mahu menjual ginjal demi membayar semula hutang-hutang ‘gift’ yang telah diberikan oleh penggguna TikTok kepadanya sebagai usaha untuknya memohon kemaafan.

“Aku nak jual ginjal aku RM50,000 nak bayar hutang dengan gifter-gifter selama setahun aku menipu jadi orang bisu,” tulisnya.

@injexster

memang orang susah nak maafkan kesilapan aku , xpe aku cuba perbaiki semua nya sebaik mungkin ok🙏 #sadstory #sad #injexsterviral #foryourpage

♬ Joker – RIZXTAR

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di TikTok yang kebanyakannya meminta dia supaya tidak melakukan tindakan yang ‘bukan-bukan’ .

Walau bagaimanapun, ada di antara mereka meragui apa yang dinyatakan pemuda terbabit dan merasakan ia sekadar konten bagi meraih lebih banyak pengikut susulan ‘kantoi’ berpura-pura bisu sebelum ini.

Sebaiknya, setiap TikToker atau sesiapa yang mahu menjadi pempengaruh perlulah mempunyai ilmu serta tidak membuat konten yang kurang bermanfaat kepada masyarakat kerana setiap apa yang dilakukan akan berbalik kepada diri kita sendiri.