Indonesia antara 10 negara dengan gaji minimum terendah di dunia

Indonesia antara 10 negara dengan gaji minimum terendah di dunia

 

Indonesia antara 10 negara dengan gaji minimum terendah di dunia

Di dalam bergerak ke arah negara yang membangun, taraf gaji minimum juga menjadi topik hebat kerana mahu memastikan setiap individu boleh menampung kos sara hidup semasa.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial telah berkongsi hasil kajian carta negara-negara yang memiliki gaji minimum terendah di dunia 2025 oleh syarikat berkaitan pengurusan pekerja di peringkat antarabangsa iaitu Velocity Global.

Carta ini dihasilkan dalam memberi kemas kini perkembangan semasa mengenai gaji yang diterima oleh pekerja di serata dunia dan dijadikan penanda aras atau panduan oleh badan berkaitan.

Data terbaru dari Velocity Global per February 2025, Indonesia termasuk salah satu dari 10 negara dengan rata-rata gaji minimum terendah di dunia.

Berikut adalah 10 negara dengan gaji minimum terendah di dunia:-

1. India – Gaji minimum adalah $2.13 (~RM9.44) sehari atau $64 (~RM283.68).

2. Nigeria- Gaji minimum yang dilaporkan antara terendah di dunia yang mana sekitar $42 (~RM186.17).

3. Uzbekistan – Gaji minimum bulanan di negara ini adalah $90 bersamaan RM398.93.

4. Pakistan – Gaji minimum sebulan adalah serendah  $115 (~RM509.74).

5. Armenia – Gaji minimum yang diraih bulanan adalah $193 (~RM855.47).

6. Kazakhstan – Gaji minimum bulanan yang diterima oleh pekerja adalah sekitar $170 (~RM753.53).

7. Filipina – Gaji minimum bulanan yang ditawarkan bergantung kepada wilayah yang mana bermula $121 sekitar RM536.33 sehingga $217 bersamaan RM961.85.

8. Ukraine- Negara yang masih dalam krisis ini juga terjejas teruk apabila gaji minimum bulanan hanya $194 (~RM855.47).

9. Vietnam – Negara ini menggunakan dua struktur gaji minimum: gaji minimum bulanan biasa dan Gaji Minimum Wilayah.

Upah minimum bulanan umum hanya dikenakan kepada kakitangan awam dan adalah sebanyak $93 sekitar RM412.22.

Upah Minimum Wilayah dikenakan kepada pekerja sektor swasta dan berbeza-beza antara $137 (bersamaan dengan RM607.25) hingga $196 (bersamaan dengan RM868.77) setiap bulan, berdasarkan kawasan.

10. Indonesia – Upah minimum bulanan di Indonesia adalah berbeza-beza mengikut provinsi, dengan julat antara $128 (bersamaan dengan RM567.36) di Jawa Tengah dan $318 (bersamaan dengan RM1,409.54) di DKI Jakarta.

Data yang dikongsikan ini meraih perhatian negara serantau dan lebih menariknya rakyat Indonesia sendiri mengakui bahawa gaji yang disenaraikan itu memang benar seperti apa yang diterima di dalam realiti sebenar.

gaji minimum

Oleh itu, mereka berharap agar akan ada rombakan atau perubahan yang boleh mengubah nasib bakat tempatan di sana yang dilihat upahnya tidak berbaloi dengan tugasan yang dilakukan apatah lagi dengan isu kekurangan peluang pekerjaan langsung memberikan kesan jangka masa panjang.