Individu review surau dikecam, katanya tak lapor dulu pada pihak pengurusan

Individu review surau dikecam, katanya tak lapor dulu pada pihak pengurusan

 

Seperti yang kita tahu, ada beberapa surau awam yang tidak dijaga sebaiknya sehingga membuatkan orang lain berasa tidak selesa untuk beribadah.

Mungkin kemudahan itu tidak dengan baik oleh pihak pengurusan menyebabkan seorang TikToker, Rusydi Rosli terpanggil untuk membuat video review di surau tersebut.

Pun begitu, ada beberapa individu tidak berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh Rusydi selama ini.

Seorang individu telah membalas salah satu videonya di platform tersebut dan mengatakan Rusydi tidak sepatutnya membuat video review di TikTok sebaliknya perlu melalui saluran yang betul iaitu berhubung dengan pihak pengurusan.

Kalau tak puas hati, datang management. Bukan menyalak dalam ni.

Menurut Rusydi, dia tidak kisah dengan komen tersebut kerana usaha kecilnya sejak dulu telah membuahkan hasil.

Sejak beberapa videonya tular, surau awam di beberapa pusat beli belah telah pun ditambah baik oleh pihak pengurusan.

Terpulang nak pandang dari sudut positif atau negatif. Contohnya surau Space U8.. tengok apa yang dia dah buat walaupun surau dia dah cantik.

Menerusi video tersebut, keadaan di surau itu nampak selesa cuma ada beberapa kemudahan seperti kerusi menunggu perlu ditambah baik.

Oleh itu, pihak pengurusan telah pun menukar kerusi baru yang lebih selesa untuk digunakan oleh orang awam.

Ada individu lain yang mengaku sebagai bekas staf memberitahu cara Rusydi membuat video di surau adalah salah dan perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.

Rusydi menjelaskan dia pernah membuat aduan namun tiada perubahan yang berlaku di surau tersebut.

Saya sendiri pernah complaint dekat management.. emel apa semua… tak jalan. Benda dah viral baru buka mata. Itu pun kalau terbuka mata dia untuk improve.

Selain itu, lokasi surau di beberapa pusat beli belah tidak begitu strategik kerana menyusahkan warga emas, ibu mengandung juga ibu bapa yang membawa stroller anak.

Dia juga tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak malah usahanya juga disokong oleh beberapa jabatan dan agensi di Malaysia.

@rusydi.official

Satu jari ke hadapan, lagi empat kepada diri anda, sama2 kita jaga tempat ibadah kita #reviewsurau

♬ original sound – 𝙍𝙪𝙨𝙮𝙙𝙞 𝙍𝙤𝙨𝙡𝙞 – 𝙍𝙪𝙨𝙮𝙙𝙞 𝙍𝙤𝙨𝙡𝙞

Ramai netizen di ruangan komen juga memuji tindakan Rusydi yang ‘membuat aduan’ dengan cara begitu.

Surau 1