Lelaki tertekan lihat perangai sebenar isteri lepas kahwin, indah khabar dari rupa

Lelaki tertekan lihat perangai sebenar isteri lepas kahwin, indah khabar dari rupa

 

Lelaki tertekan lihat perangai sebenar isteri lepas kahwin, indah khabar dari rupa

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, sudah tentu rumah tangga akan ada pasang surutnya

Sebab itu pentingnya komunikasi di dalam rumah tangga agar masalah dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berpanjangan.

Perangai dan kelakuan anda mungkin tidak sama seperti bercinta, apatah lagi selepas berkahwin. Pasti ada sisi mereka yang membuatkan anda terkejut dan tidak sangka. Baik buruk pasangan haruslah diterima dan diperbaiki bersama.

Namun, tular di Facebook selepas seorang lelaki meluahkan rasa kesalnya selepas mengetahui perangai sebenar isteri selepas berkahwin yang menjadi bualan ramai.

Menerusi posting di laman Facebook, seorang lelaki berkongsi kisah rumah tangganya yang telah mengecewakan dirinya.

Dia mempunyai sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan dan bekerja sebagai seorang medikal doktor di hospital kerajaan.

Menurutnya, dia dan isteri mula berkenalan berkenalan di Facebook. Pada ketika itu isterinya sedang belajar di sebuah universiti Islam di Malaysia dan dia pula belajar du kolej perubatan di Mesir.

Mereka berkenalan atas dasar bisnes dan ketika itu dia langsung tiada perasaan terhadap si isteri, namun setelah 4 bulan menguruskan bisnes dan berhubung dengan isteri secara PJJ, isterinya meluahkan perasaan yang dia jatuh cinta terhadapnya.

Lelaki berkenaan memberitahu sebelum ini dia memang tidak tak pernah bercinta. Perkara itu membuatkan dia rasa gembira mulanya dan kemudian merasa rasa serba salah dan takut untuk menolak cinta isteri. Hal ini kerana dia hanya menganggap isterinya sebagai kawan atau kakak sahaja.

“Untuk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar kesian dan tak nak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype (isteri berpurdah),” tulisnya.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas mereka berkahwin. Isteri mula menunjukkan perangai sebenar sehingga dia nekad untuk berpisah.

“Selepas menikah, saya spend cuti summer saya selama 2 minggu di Malaysia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi untuk habiskan study saya. Saya dengan isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Malaysia. I’m happy for her. Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama.

Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi saya. Isteri start maki hamun saya, cakap saya tak ada di Malaysia untuk bantu dia dalam pantang, dia gugur sebab tertekan suami jauh. Maki hamun, rajuk, gaduh, siap minta cerai berkali-kali berterusan sehingga saya tamat study dan pulang ke Malaysia.

“Untuk pendekkan cerita, saya dgn isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, saya dapat posting housemanship di hospital KL. Baru saya tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa, mki hamun saya, sepak terajng saya bila marah, rumah takp ernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah shj cecah RM500 untuk sepasang, dia buka purdah atas polisi syarikat, sebab selalu jumpa client, saya okay sahaja, tak pernah masak, tak hormat ibu bapa saya, even di kampung, dia berani tinggikan sorang dan kuis saya gunakan kaki di rumah keluarga saya.

“Tak pernah dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop saya menangis,” luahnya.

Oleh kerana dia sering berjauhan dengan isteri hatinya makin tawar dan berjinak-jinak dengan Tinder, sehingga berkenalan dengan wanita yang bernama Anna. Menurutnya, Anna merupakan wanita yang cantik, bertudung, berpelajaran tinggi dan juga bekerjaya.

Dia mengaku bujang dan mereka menjalinkan hubungan selama hampir dua tahun.

“Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna saya pergi. Anna memang tak tahu status saya. Facebook saya tiada gambar anak atau isteri. Isteri saya? Langsung takpernah tanya saya kemana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja. Tak ada anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila saya kasi receipt bank in duit,” katanya.

Namun, dia kemudian memberitahu isterinya mengenai hubungan mereka sehingga si isteri nekad untuk berubah dan Anna pula sudah menyekat nombornya.

Selepas kejadian itu isterinya mula berubah sedikit demi sedikit dan semuanya dilihat baik-baik sahaja. Sehinggalah mereka dikurniakan anak kedua dan situasi kembali seperti dahulu.

“Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah perangai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari saya makan maki hamun dia, duit dah tak nak kongsi. Makan hati berulam jantung saya ni. Hari-hari saya dengan anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dengan phone, tak pun jumpa client, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan,” luahnya.

Dia juga ada niat mahu berpisah tetapi takut akan kisah lamanya dibongkarkan isteri dan menjadi tular dan meminta pendapat orang ramai mengenai isunya.