Pengantin lelaki batal majlis kahwin saat akhir, Iman Troye titip kata semangat pada pengantin wanita
Pengantin lelaki batal majlis kahwin saat akhir, Iman Troye titip kata semangat pada pengantin wanita.
Satu kejadian malang menimpa seorang bakal pengantin ini telah membuatkan ramai netizen bersimpati dengannya, ia dikongsikan menerusi satu hantaran seorang jurusolek di TikTok.
Dikatakan, pengantin lelaki telah membatalkan majlis nikah mereka sejam sebelum majlis bermula dan dalam video tersebut, ia memperlihatkan jurusolek itu sedang melakukan tugasnya sambil pengantin wanita itu dilihat seolah-olah sedang menahan air mata.
@puteriarissafrh Senyum untuk bagi kekuatan ðŸ«
Menjengah ke ruangan komen, jurusolek itu menyatakan bahawa kecurangan daripada pengantin lelaki yang menjadi punca kenapa pernikahan itu tidak dapat diteruskan.
Dalam pada itu, jurusolek ini juga menepis dakwaan yang mengatakan bahawa apa yang ditayangkan ini hanyalah content semata-mata.
Video yang telah meraih 717K tontonan dalam masa sehari itu telah membuatkan penyanyi Iman Troye turut menyatakan rasa sedih dan simpatinya terhadap buat pengantin ini, malah dia juga memberikan kata-kata semangat buatnya.
Semoga apa yang menimpa pengantin ini akan dibalas dengan rezeki yang tidak ternilai buatnya.