“Dia yang tukarkan lampin & lap badan” – Kanak-kanak 12 tahun jaga ibu strok di hospital undang sebak
“Dia yang tukarkan lampin & lap badan” – Kanak-kanak 12 tahun jaga ibu strok di hospital undang sebak.
Tular di TikTok baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menjaga ibunya yang sedang sakit di sebuah hospital.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Iman itu dilihat sedang menguruskan ibunya yang terlantar di atas katil.
Ini Iman, umurnya 12 tahun dan anak tunggal.
Sepanjang saya dekat sini, dia seorang sahaja menjaga ibu dia yang sakit strok. Makan, minum, tidur atas lantai.
Ibu Iman adalah seorang ibu tunggal dan dia hanya ada Iman seorang.
Difahamkan Iman menguruskan ibunya dengan penuh tanggungjawab seorang diri tanpa bantuan daripada orang lain.
Dia tak duduk diam untuk memastikan keadaan ibunya betul-betul selesa. Dia yang tukarkan lampin dan mengelap badan ibunya.
Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Kita yang tua ini belum tentu dapat buat macam mana yang Iman lakukan. Kasihnya dia sampai sanggup berjaga siang dan malam.
@norasni31 bila mana depan katil KO seorang pesakit strok.. dan penjaga seorang budak 12 tahun..makan minum tido kat lantai .Allahu kecian tgkk😭#fypviralシ #tiktokviral #beranda #terengganu#sedih #hospital #foryourepage #fyppppppppppppppppppppppp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dan sebak melihat ketabahan Iman serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Tahniah Iman, dapat jaga syurgamu dengan baik. Semoga diberikan sebaik-baik balasan pahala dan dibukakan seluas-luasnya pintu syurga buatmu Iman.
Allahuakbar, apa amalan si ibu sehingga melahirkan anak yang sebegini. Sungguh besar pahalu mu duhai anak.
Dunia sudah menang, akhirat pun sudah tentu. Mak awak reda dengan awak, senang hidup sampai sudah. Semoga dipermudahkan urusan semua, insyaAllah.