“Jawab dengan Allah..” – Idzham Ismail sudah sah bercerai, dedah punca lafaz talak terhadap isteri
“Jawab dengan Allah..” – Idzham Ismail sudah sah bercerai, dedah punca lafaz talak terhadap isteri.
Pelakon Idzham Ismail mendedahkan dia sah bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selepas aktor itu melafazkan cerai selepas gagal mengawal kemarahannya.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, Idzham mengumumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang telah memutuskan pasangan itu sah bercerai.
Pada masa yang sama, Idzham atau nama penuhnya Muhammed Idzham Ismail mendedahkan dia dan isterinya tidak mempunyai rancangan untuk rujuk semula.
“Mahkamah putuskan kami sah bercerai. Tidak akan rujuk. Pesan saya, Allah ada, jawab dengan Allah untuk segalanya yang dibuat,” katanya pada hantaran itu.
Sementara itu, memetik laporan mStar, aktor berusia 36 tahun itu menjelaskan mahkamah telah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Idzham pada awal Oktober lalu.
Katanya lagi kepada mStar, konflik berpanjangan menjadi punca dia gagal mengawal kemarahan sehingga melafazkan cerai di luar mahkamah terhadap Abilah.
Menurut Idzham, keputusan isterinya untuk kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi salah satu faktor berlaku perselisihan antara mereka sejak Jun lalu.
“Saya kecewa dengan apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia berubah,
“Sudah berbulan-bulan saya cuna memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober saya terlafaz cerai. Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan,” luahnya.
Tambahnya, tidak mungkin dia akan kembali berbaik dengan Abilah dan buat masa sekarang, mereka masih dalam proses perbincangan dalam menetapkan hak penjagaan anak.
“Saya boleh katakan hubungan kami sekarang memang tidak baik. Buat masa sekarang, anak-anak di bawah jagaan saya. Saya mahu didik anak-anak dan mereka mahu tinggal bersama saya.
“Saya dan bekas isteri akan berbincang di masa akan datang tentang hak penjagaan anak,” jelasnya.
Sebagai info, Idzham berkahwin dengan Abilah pada Ogos 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.