“Idea sampah” – Tak puas hati sekolah anak anjur majlis anugerah hari Sabtu, bapa buat kecoh dalam grup WhatsApp

“Idea sampah” – Tak puas hati sekolah anak anjur majlis anugerah hari Sabtu, bapa buat kecoh dalam grup WhatsApp

 

“Idea sampah” – Tak puas hati sekolah anak anjur majlis anugerah hari Sabtu, bapa buat kecoh dalam grup WhatsApp

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam pendidikan anak-anak, termasuklah keterlibatan dalam apa jua program atau aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Perkara tersebut ada kalanya dipandang remeh bagi sesetengah ibu bapa, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kekangan masa dek kerana komitmen kerja.

Justeru mereka sering kali menjadikannya sebagai alasan untuk tidak memberi kerjasama, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar ini di satu platform media sosial.

Dalam hantarannya, pelayar tersebut meluahkan rasa geram dengan sikap bapa kepada seorang pelajar yang bersikap tidak profesional kerana terpaksa mengorbankan cuti hari minggu demi menghadiri majlis anugerah anjuran sekolah.

Menurutnya, individu tersebut meluahkan rasa tidak hati dalam grup WhatsApp yang disertai oleh penjaga murid.

“Anak aku ada majlis anugerah pada hari Sabtu tau. Orang lain elok je bagi kerjasama. Tapi tak tahu apa masalah orang ni.

“Kau dah lah meroyan dalam group yang ramai parents. Aku baca, aku menyirap. Rasa nak shoot je dalam group tu apabila kau tiba-tiba cakap macam ni. Tak ada adab punya orang!” luahnya geram.

Bersama hantarannya, pelayar itu memuat naik sekeping tangkap layar mesej yang ditulis bapa pelajar berkenaan.

“Siapa punya idea sampah buat benda alah macam ni hari Sabtu? Hari Sabtu la masa nak cuti, nak buat benda lain,” demikian mesej yang ditulis.

meroyan 1

Tambah pelayar berkenaan lagi, individu tersebut sewajarnya berfikiran rasional dan bersikap matang, bukannya meluahkan kemarahan secara membuta tuli.

“Dah tu kalau buat hari biasa, mesti kau meroyan pula kata susah nak dapat cuti la, orang kerja la, nak suka-suka cuti susah untuk majlis sebegini.

“Eh, kalau tak nak join, suka hatilah. Tak ada orang paksa pun kau join… Geram!” luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong pandangannya malah mengecam individu tersebut yang digelar besar kepala dan biadab.

“Bukan tiap-tiap Sabtu ada program sekolah anak pun. Sekali sekala meraikan apa salahnya. Esok anak tu dah besar tak raikan bapanya jangan tanya kenapa.

“Kesian ketua keluarga perangai macam ni. Terfikir pula macam mana adab dia dengan isteri dan anak-anak.

“Buat malu kaum bapa je. Kau tak pergi pun orang tak hairan. Tiba-tiba sampahkan orang,” demikian antara komen netizen.